July 31, 2014
Rehat sekejap, mata dah naik sengal dok menghadap buku dari tadi. Tergezut? Jangan nak mengada muntah ijo ye, aku serious study neh. Maklum la, nak keep up dengan fresh young kind (and genius too) bukan senang ye. Bab lain sikit pun tak jadi masalah pada aku - be it fashion, trend, gadgets, bla bla bla. Selagi tak ada keperluan pada pandangan aku, tak akan jadi sebahagian dari inventory aku ye. Ilmu another story. Sehabis boleh aku make sure aku up to date.
Well, not really up to date but at least aku tau perkembangan semasa yang berfaedah.
Jom kita story sal raya and balik kampung. Korang balik raya? I knew that some of you memang anak jati KL, so no offense ye. Ni kisah kitorang yang every year beria-ia nak balik kampung sebab nak sambut raya dengan orang tua and adik-beradik. Last year balik ke kampung En. Noor, jadi tahun ni turn kampung aku. Plan asal kitorang cuma nak raya kat KL sebab En. Noor tak dapat cuti.. sebab sorang lagi staff kat bahagian receiving tu cuti bersalin sampai September. Tup tup dapat khabar yang bos dia bagi cuti 4 hari. Alhamdulillah.
Aku dapat balik petang 25th tu, jadi ada la sehari aku rest kat rumah sebelum gerak balik kampung. Petang 26th tu aku dengan Dea, angkut Safiyyah, menuju ke Aeon Big sebab nak cari baju raya. Mind you, aku still belum ada allowance tapi Dea dah dapat dia punya. Gila bahabs punya cepat. So dengan baki kat aku ni, kena la aku pepandai allocate bajet untuk baju aku ngan En. Noor. Yang dapat cuma kurta untuk En. Noor je, baju aku banyak yang takde size. Takpe la, aku tak kisah.
Malam tu aku masak ayam pong teh untuk berbuka, siap buat ekstra dengan nasi putih in case tengah jalan nanti terpaksa berhenti untuk sahur. Dea dengan Amin tak nak join, sebab tapau makanan berbuka. Lepas ke rumah pengasuh Safiyyah (nak bagitau yang kitorang dah nak balik kampung and cuti sampai hari Rabu), gerak pulak ke Aeon Big sebab nak tukar size kurta En. Noor (aku memang fail bila bajet saiz baju, termasuk la baju aku sendiri. Buktinya nanti aku tunjuk).
Kitorang touch in tol Jalan Duta pukul 9.30 malam. Amin dengan Dea dah touch in awal lagi, malas nak follow diorang sebab Myvi SE 1.5 nak compare dengan Kancil Veteran aku tu, adoi la. Jauh beza. Macam biasa la, elok kenderaan bergerak, aku dengan Safiyyah akan berdengkur. Aku sedar bila En. Noor stop nak isi minyak. Rupanya dah sampai R&R Tapah.. pada pukul 12.30 malam. Belum pernah lembab gini perjalanan kitorang nak sampai ke Tapah sampai ambik 3 jam.
Dipendekkan cerita, jalan sesak gila. Sometimes not reasonable sebab punca sesak adalah kerana a few cars slow down nak observe another few cars yang parked kat bahu jalan untuk tidur sekejap. Non sense kan? Nak terkencing pun nyaris sangat-sangat lepas dalam kereta, sebab R&R Sungai Perak sesak ya amat! Tapi kalau dah nama kau naik kereta ber'drebar'kan En. Noor, segalanya MUNGKIN. Maka selamat la Kancil aku tu.
Aku ngan Dea meet at rendezvous point - Hentian Sebelah Taiping. Sahur kat situ sebab jam dah pukul 5 pagi. Safiyyah pun kebetulan bangun, masa ni la nak regang badan. Orang beratur nak beli hot drink punya la sesak, even stall nasi lemak pun sama jammed. See?? Nasib baik aku tapau awal-awal. Dalam 5.45 kitorang gerak semula. Pukul 7.30 pagi kitorang sampai rumah mak aku. Gila hoih!! Belum pernah sejarah aku balik kampung 10 jam berjalan. Kematu bontot aku!!
Raya kali ni la sejarah aku tak sedondon dengan anak and suami. Bayangkan, 27th sampai awal pagi, tido jap then keluar semula ke Taiping sebab En. Noor tak puas hati aku takde baju raya. Puncanya? Tak adil, dia ada baju baru tapi aku takde. Nasib baik jumpa jugak dengan baju raya, tu pun aku main try ala kadar, sauk je. Esoknya baru la aku perasan yang baju tu besar sungguh.
Opah aku tak sihat, jadi tradisi raya kitorang otomatik berubah. Raya di rumah Opah, then baru balik beraya. Tengah hari je rumah kitorang dah kena serang. Ekceli pagi tu masa kat rumah Opah, Nas budak course aku datang. Takde rezeki la, sebab aku plan nak ke rumah dia pun tak boleh the next day. Dia dah gerak ke kampung suami dia lak. Raya pertama sampai ke malam, tersengguk-sengguk aku menunggu tetamu balik. Safiyyah punya penat sebab seharian main, awal-awal dah lebuh. Raya kali ni best, tido takde nyamuk. Thanks kelambu.
Raya kedua lepak sekejap, then prepare makan untuk sambut tetamu yang datang 5 kereta (sedara-mara je tu). Malam nya gerak balik ke KL. Semalam siap beraya kat rumah pengasuh Safiyyah, then balik dan lebuh untuk kesekian kalinya.
Disebabkan kitorang laki bini lupa nak angkut beg kamera, gambar yang ada ni adalah ihsan Dea. Enjoy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan