Rabu, 28 Mei 2014

SekadarTetamu

May 28, 2014

Situasi yang aku hadapi sekarang ni mungkin korang pun pernah hadapi jugak. Tempat aku bekerja ni adalah jabatan kerajaan, jadi dari masa ke semasa akan sentiasa ada student dari IPTA atau IPTS yang datang untuk buat industrial training. Well aku kat bangunan ni saja dah nak genap lapan tahun, dari KPP lama yang cuma benarkan pejabat aku terima not more than 10 students at a time, sampai la bekas KPP aku yang skang dah naik jadi Timbalan Pengarah, jadikan tempat ni tak ubah macam universiti forensik. 

Yang nak dijadikan point aku sekarang adalah attitude students yang datang kat sini buat latihan. Korang ni cuma attached je kat sini, so tak perlu la nak buat muka berlagak or menyombong tak tentu pasal. Dah namanya pun MENUMPANG, kan? Kasar kan? Tapi kalau tak aku jot down kat sini, memang sampai bila-bila pun korang akan tetap berperangai macam ni. Now please hammer down some manners into your empty head, sebab aku seriously have no idea how your shoulders could have carry around such big head as yours. Aku bukan sape-sape ye, belajar kat U pun tak pernah. Eh.

Ada orang inform kat aku kenapa la student U yang datang kat tempat aku ni berlagak gila padahal aku tak kenal pun nama tempat korang belajar tu. Semuanya berpunca dari si SMURF bangang yang siap pesan kat students ni semua supaya just respect pada orang yang pakai tag kuning saja. Yang biru or pink tu tak payah hormat pun takpe sebab bukan pegawai. Wow, cantik gila cara ko ajar anak orang adab dan budaya. Macam ni punya tebiat pun ada hati nak sound orang lain supaya respect ko. Apa semua anggota and civil officers kat pejabat ni HEWAN je ke pada hemat ko? 

Nak lagi sedap? Student yang datang buat Industrial Training (ai is no stupid okeh. ai is ken skipping london) layak tuntut elaun training. Jadah apa agaknya si SMURF ni siap arahkan anggota untuk lengkapkan permohonan untuk student ni semua, so diorang tak payah buat pape. Sedap okeh. Aku pun nak macam tu, datang MENGANGKANG je, MEMEKAK kat hallway ni serupa BERUK TERLEPAS KANDANG, then by end of training, aku dapat duit free. Bukan nak isi form pun, dah ada KULI tolong buat, ko SIGN JE. Banyak cantik ko punya muka eh?

SMURF ni kan.. KAKI BODEK okeh, aku tak rasa nak berahsia sangat la. Sape yang kenal tu kenal la. Lagipun sape la sangat yang buka blog aku ni. Tapi untuk si SMURF ni, lenkali ko rasa nak arahkan aku, ai is no understand okeh. Tak belajar tinggi sampai kat U, tak jadi pegawai. Ai is no stupid, tapi ai is no understand jugak. Boleh? Sukati aku la!!

Moral of the story untuk student yang dah ada ni (bukan semua perangai cam gamps ye), DAH DATANG MENUMPANG TU, BUAT LA CARA MENUMPANG. JANGAN BERLAGAK TAK TENTU HALA. 

Sekian entry suam di tengah hari rembang ni.

p/s: aku akan up satu entry berkaitan supplement untuk ibu menyusu.. rasanya ada yang still tak faham pasal ni. Bagi aku sikit time, settle apa-apa yang patut atas meja ni, aku MENULIS dengan penuh konsentrasi.

Selasa, 27 Mei 2014

SenangnyaBerniaga

May 27, 2014

Tak sengaja 'memalaskan' diri untuk update blog, hari ni tiba-tiba rasa nak bercerita pulak. Pendek je okeh, tengah 'mencermin' diri sebab nak dekat bulan puasa dah ni (motif?).

En Noor tak nak aku stock up barang-barang basah lebih daripada 3 hari. Ikan dah tak sedap, ayam pun dah berubah rasa, sayur dah layu. Cenggitu la kurang lebihnya ceramah kesedaran di subuh hari hujung minggu lepas. Sila patuh perintah suami ye, puan-puan. 

Disebabkan dah lama benar aku tak bersantap hidangan daging, minggu ni teringin nak meng'karnivor'kan diri. Aku pujuk En Noor bawak aku ke pasar malam. Rutin kalau ke pasar, aku akan cari ikan sejenis-dua, ayam atau daging, sayur, makanan sikit. Bajet tak lebih RM50 untuk jumlah belanja. Kalau dapat cari ulam, lagi bagus.

Malam ni tah cemane agaknya ye, pakcik feveret yang jual nasi beriani and nasi tomato tu tak berniaga (aku bajet sebulan dia cuma datang area ni 2 kali je), nasi goreng yang selalu aku singgah pun takde. Habis seround aku pusing, siap beli daging sekilo lagi, still tak jumpa apa yang rutin aku makan or menarik untuk dimakan.

Kebetulan aku lintas gerai jual nasi arab, ni kali pertama aku tengok akak tu berniaga. Harga untuk nasi, lauk dan acar adalah RM7.. boleh tahan mahal. Dah tak nampak yang menarik lagi, aku beli la 2 set. Siap belanja untuk malam ni. Jom kita balik makan ye nak. Ibu ko ni kalau dah lapar, harus la pitam dibuatnya. 

Sampai rumah, terus kerjakan nasi. Standard la nasi arab yang korang beli rempah siap tu, cukup rasa, cukup rempah. Tapi tang lauk memang FAIL! Aku memang tak boleh blah dengan lauk daging masak kicap yang asal nampak hitam, masin pun idak, lada pun tak rasa. En Noor tak sentuh langsung daging dia.

Pergh.. RM7 per set, dengan acar yang "penyegan", lauk tasteless,  gila untung akak ni berniaga okeh. Gila senang. Tapi tak tau la tahan lama mana. Or dia simply nak test market sebelum berniaga kat bazaar Ramadhan nanti. Aku mintak pada En Noor,  kuatkan semangat aku, ingatkan aku selalu, MASAK SENDIRI UNTUK BERBUKA PUASA & BERSAHUR. Aku tak nak pahala puasa lucut macam tu je.

Sekian.

Jumaat, 23 Mei 2014

Neno-nenoKenaSondolLagi

May 23, 2014

Pagi-pagi Jumaat yang penuh barakah ni, aku bangun lewat. Pukul 6.30 baru la mata larat nak terbuka. Jadinya hati berbelah-bahagi,  nak masak sarapan ke tak. Belum masuk Safiyyah sekarang sibuk benar nak mandi pagi-pagi. Jadi aku selesai yang penting dulu. Mandi, solat, mandikan Safiyyah. Siap semua, tengok jam rupanya sempat lagi nak masak. Jadi menu pagi ini adalah nasi goreng telur.

Menjelang pukul 7.30, kitorang anak-beranak dah siap makan and menuju rumah pengasuh. Pukul 8, aku dah sampai office. Nampak macam efficient je work flow and time management aku hari ni. Kerja tak menimbun, sebab unit aku ni kerja ikut demand. Memang sentiasa ada kerja tapi bukan semua urgent. Jadi ada masa aku boleh rehat-rehat, ada kerja aku boleh take time, no rushing.

Aku pun terlupa, hari ni ada demo masakan pukul 11.30 di pantry admin. Benda ni bukan sebahagian kerja, tapi dibenarkan dengan syarat tak mengganggu orang lain yang nak bekerja. Cuma dah nama pun demo masakan, soheh-wajib menarik-narik perhatian dan deria bau. Masakan hari ni sup tulang dan nasi goreng. Yang nak di-demo-kan adalah cara guna periuk Noxxa. Omaigod.

Setelah memenuhkan curiosity aku tentang apa lagi sangat yang kita boleh buat dengan periuk ni, maka aku pun menuju la ke rumah. Aku tak maklum pa En Noor pasal demo ni, tak masak untuk lunch, jadi tiada la aku berangan nak stay di office berjimba bersama Noxxa ye. Harus la aku kembali ke pangkuan suami, walaupun cuma untuk sejam.

Disebabkan dah tak sempat nak masak, En Noor pesan suruh aku tapau je. Lepas tu jumpa dia kat belakang Giant tu. Aku terpaksa pusing di parking area depan Jalal Yusuf. Masa nak belok masuk ni la Neno-neno aku kena sondol dari belakang. Cilakak betul! Yang menyondol tu lesen pun belum lepas, nampak benar budaknya. Yang kawannya pulak ternganga tengok plet kereta aku bersepai.

Takkan la aku nak keluar kat situ jugak, dah tentu block jalan orang. Jadi aku masuk juga ke parking area tu untuk pusing. Binawe punya budak-budak,  dia bantai lari. Ko tengok besok, kalau aku jumpa ko, selai-selai bulu ko aku cabut. Sebab ni la orang yang berlanggar, tak kira la lane mane dia drive, dan-dan tu dia benti. Supaya badigol yang melanggar tu tak lari. Sok aku pun buat camtu.

Pendek cerita, aku narrate kejadian ni lebih kurang je pada En Noor tapi dalam heated note. Terkedu-kedu member dia tengok baran aku tengah berapi-api. Mungkin dalam kepala dia dok fikir, cane la En Nor boleh handle Krakatoa macam aku ni. Fahamkan seperkara ye tuan-tuan dan puan-puan, sebab En Noor relax macam tu la aku batalkan niat nak kejar dan gilis leper budak-budak hingus meleleh tadi.

Balik rumah je, aku pasang kipas laju-laju (selalu sangat En Noor buat kat aku macam tu bila Krakatoa aku nak meletus), baring sekejap, then bangun makan. Lepas habis makan, En Noor solat Jumaat, aku pulak sambung rehat sikit lagi. Now aku dah sejuk, and nak Zohor.

P/s: Harap-harap panjang la umur budak-budak yang langgar aku tadi tu.

Rabu, 21 Mei 2014

TakpeLa,TQ

May 21, 2014

Belum pernah selama aku jadi Shaklee Independent Distributor,  aku buat entry khas pasal sale through blog. Bukan maksud nya tak ada yang contact nak beli supplements daripada aku, tapi mostly yang contact ni akan tanya, "takde diskaun ke?". Aku tak online sepanjang masa (sebab En Noor nak aku pay attention pada Safiyyah everytime kitorang ada kat umah), and dalam setiap entry yang aku ceritakan tentang Shaklee,  aku letak nombor untuk dihubungi. Which means korang boleh call, SMS or WhatsApp.

Ada potential (yang skang dah tak potential lagi - and aku tak regret to lost this kind of customer) customer siap boleh 'sekolahkan' aku sebab aku lambat reply WhatsApp. Macam ni la, prinsip kitorang laki bini mudah je. Kalau benda yang korang nak bincang tu urgent, penting, korang tak boleh delay, CALL. Pendek kisahnya, sampai point yang korang nak tujukan tu, tepat pada orangnya.

Aku asyik la ditanya pasal diskaun. Padahal barang yang nak dibeli tak sampai RM200, free delivery lagi, dan kerenah tambahan pun banyak. Tapi bukan semua customer aku macam ni. Sila fahamkan satu perkara baik-baik: AKU BUKAN FULL TIME DISTRIBUTOR, aku tak simpan stok. Aku tak plan nak bisnes besar pun, sekadar mencukupi untuk aku dan keluarga. Jadi bila ada order, aku akan dapatkan stok. Korang nak barang, tunggu. Kalau tak, aku tak kecik hati korang amik dengan orang lain.

Dah satu kisah lagi, nak beli dengan harga member. Shaklee meletakkan syarat tak boleh jual di bawah paras harga retail. Kalau aku jual gak pada orang yang bukan member dengan harga ahli, Shaklee akan suspend or terminate keahlian aku. MASA MULA-MULA AKU JADI AHLI SHAKLEE, PURPOSE AKU HANYA SEKADAR UNTUK GUNA SENDIRI. Mula-mula aku beli pun tak pernah aku minta diskaun. Lepas third purchase baru aku dapat diskaun & free gift. Yang kemain lagi demand kat aku tu, tamak sangat nape la?

Aku jadi member untuk kemudahan aku consume product ni. At the same time aku nak tolong jugak orang yang teringin nak consume products ni tapi tak tau kot celah mana nak dapat distributor. Tapi semata-mata untuk memenuhkan kehendak korang sampai nak JEOPARDIZE status membership aku, takpe la. Mungkin korang ditakdirkan untuk jumpa distributor lain yang JAUH LEBIH BAIK.

KALAU NAK ORDER BARANG SEKETUL DUA PUN BANYAK SYARAT MACAM ORANG NI, SAPE YANG BISNES NI? AKU KE KORANG?  




 AND TO THIS PERSON, DAH BANYAK SANGAT KERENAH NYE, FOR ALL I KNOW, YOU'RE NOT SERIOUS OR YOU'RE PAID TO FIND OUT ABOUT WHATEVER YOU'RE PAID TO FIND. MY HUSBAND TOLD ME NOT TO ENTERTAIN SUCH PEOPLE, SEBAB CUSTOMER YANG SELAMA NI AMBIL SHAKLEE PRODUCTS DENGAN AKU TAK MACAM NI KEKDAH NYE. AND ABOUT WHATSAPP TU, LAMBAT OR CEPAT JAWAB DOESN'T INDICATE WHETHER OR NOT AKU SERIOUS SO PLEASE

Mungkin membership ni hanya untuk membolehkan aku consume sendiri je agaknya eh??

P/s: Ada yang nak beli Meal Shakes ke? Bukan je bagus untuk budak-budak, orang dewasa pun sesuai. Promosi bulan ni, beli 6 percuma 1 Meal Shakes.

Jumaat, 16 Mei 2014

Hari-Ini-Hari-Yang-Blur

May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU DI MALAYSIA!!

Walau pun entry hari ni tak berkaitan dengan sambutan Hari Guru, aku tetap nak wish. Aku bangun lewat, gara-garanya anak aku sekarang rajin bangun tengah malam, ajak main. Semalam aku yang bangun, En Noor sedap je membuta sampai ke pagi. Sudahnya aku pening tak cukup tido, balik kerja semalam terus tumbang. Pagi ni giliran En Noor pulak yang bangun melayankan Safiyyah. Aku memang tak sedar apa langsung. Tidur mati!!

Kisah pertama - aku terpandang pek Rigevidon kat dalam beg yang tergantung sebelah almari tu. Nape macam aneh je rasa nye eh? Jeng jeng jeng.. AKU SUDAH MISSED MAKAN PERANCANG UNTUK 1 MALAM! Omigod. Berdebar aku ni..

Kisah dua - since aku bangun pun dah lewat (6.30 dah kira lewat ok, aku bangun awal sebab nak masak sarapan everyday - even kelihatan poyo, aku nak jugak cerita!), maka adalah kami anak-beranak membeli sarapan di luar sahaja. Jadi aku agak awal sampai di pejabat. On the way nak keluar simpang tu, ada Myvi kat belakang aku ni dah panas bontot. Siap potong line sebab memang dah tau akan berjanggut tunggu orang kat depan tu keluar simpang. Aku takde mood nak rushing, tapi tetap follow tetap follow.

Sampai la kat traffic light simpang empat kat Bukit Angsana tu, si Myvi ni pecut kejar lampu hijau. Aku lak stuck kat belakang satu Honda ni. Ingat dia nak pecut jugak, still sempat. Alih-alih dia berhenti masa lampu kuning baru menyala. Mujur aku jauh lagi, so aku pun mombontot je la. Ni la situasinya:


Sorry ye, aku takkan blurkan nombor plet dia. Mamat ni nyaris buat banyak kereta lain eksiden, sebab dia drive sambil bercinta. Oh dear, please, orang nak pergi kerja pagi-pagi ni, nak kejar masa. Kau kalau nak bersiar-siar, jangan la jalan tu ke tengah ke tepi. Nak kena langgar ke? Aku terpaksa overtake masa kat bukit lepas traffic light The Peak sebab kat atas tu nak belok masuk ke opis dah. Masa aku jeling rear mirror, banyak kereta beratur belakang ini Honda. Adoi la!!

One more thing, semalam ada satu sampul sampai kat mailbox aku. Punya la pelupa aku ni, bila lepak-lepak makan nasi lemak sebelum mula kerja, baru aku teringat yang aku pernah register untuk jadi member FreshKon Club. No specific reason, saje gatal tangan on that day. So dapat la offer buy 1 free 1. Aku dah sekian lama tak pakai contact lens ni, tapi sejak Safiyyah dah pandai membelek spek aku untuk pakai (konon bergaya sangat la tu. Sok ko rabun cam ibu baru tau), En Noor suggest aku pakai contact lens balik. Spek aku ni dah tahap ikat frame dengan getah, punya nazak nye.


Pamphlets yang included dalam sampul tu.


Sila la bawak surat ni bila nak purchase contact lens nanti ye. Kalau tak, memang tak dapat la Buy 1, Get 1 FREE tu (perkataan FREE tu nak caps saje.. hampeh!).

Oh, Akaun KDN dah call aku regarding Bengkel Panjar Wang Runcit. Seriously, office aku ni memang lembab ke hape? Aku naik segan bila pergi kursus or bengkel yang berkaitan kewangan or petty cash ni. Orang lain semua taraf CC or EO yang pegang petty cash, tapi kat tempat aku ni, boleh hentam kerani cam aku je pegang petty cash. And aku fed up dengan urusan yang panjang dan meleret. Orang datang pada aku nak mintak claim (opkos la aku akan bagi, tapi biar la ada bajet nye), siap komplen lagi kata aku lembab uruskan petty cash. Hello, kot aku ni lembab, asal ko tak buat je? Meh sini aku bagi ko handle, tengok ko lagi laju dari aku ke tak. Kambing betul!!

Since aku telah mendapat call, maka update blog adalah tidak panjang. Sekian.

Khamis, 15 Mei 2014

TakoYaki

May 14, 2014

Aku pernah makan takoyaki masa Mardhiyyah belanja dulu. Kalau diikutkan, aku rasa macam tak berbaloi nak beli - RM4.50 untuk 4 biji. Eleh, yang iye nye aku ni JAKUN. Dapat makan sekali tu je, terus aku tak minat dah. Tak tau nape. End of story.

Eh? Ye ke?

Tak tau, tapi last year ada gerai takoyaki yang mula beroperasi di tepi Giant tempat En Noor kerja. Ulang-alik hari-hari,  sikit pun aku tak tergerak nak beli. Tah cemane sejak seminggu-dua ni aku jadi teringin pulak. Siap terfikir-fikir macam mana la kekdah nak masak menda ni.

Hari ni, dalam pada kena tunggu En Noor habis kerja, aku terpandang lagi. Rasanya dah puas aku tunda-tunda, kali ni pejam mata je aku gi beli. Like I said, RM4.50 untuk 4 biji.. boleh la. Lembut, sos pun tak kedekut, tapi inti tu memang sungguh ciput! Adeyai!!

Tapi still enjoy. Cuma, pe kata aku try buat pasni? Tak yah la gi beli acuan takoyaki, aku hentam acuan kuih cara je. Pe pendapat korang?

 

Rabu, 14 Mei 2014

MalasKe?

May 14, 2014

Aku baru terima satu call dari sorang pegawai ni. Memang menyemakkan fikiran la, nak suruh aku follow up sal claim pegawai yang dia panggil untuk LDP. Masa nak buat latihan, ko SYOK SENDIRI. Semua buat sendiri, tak percaya orang. Masa nak hantar claim orang yang jadi tenaga pengajar pun sama, SYOK SENDIRI. Ko yang pepandai buat claim manual, then hantar sendiri ke Bukit Aman. Alih-alih sekarang nak aku follow up bagi pihak ko? Jadah ape kah ini? Ape aku dah takde kerja lain di mata ko?

Boleh je aku nak follow up, tapi sampai bila aku nak layan orang kencing berak atas kepala aku neh? Sopan sangat aku selama ni ngan korang, perangai masing-masing bukan main lagi ye. Yang ko ni pun satu, Isnin hari tu ko bagi aku senarai, ada lak masa ye. Nape ko tak call sendiri untuk follow up? Pastu hari ni, macam dah takde kerja lain ko nak buat kan? Follow up la claim orang tu sampai dapat. Nak paksa-paksa aku lak pehal? Ko memang saje je kan? Nak bagi aku modal nak menulis hari ni.

Sebab ko cani la anak buah ko lagi sangat la hampeh! Dah buat macam taik kat aku, boleh pulak buat muka LEMBU kenyang, tanya aku sape yang akan approve monthly claim dia nanti. Ohh.. ko takde perasaan ye? Meh sini biar aku pulak bagi sedas. Selamba tapir la pulak aku menjawab, "tu aku tak tau. Ko nak tau, ko call D1". Boleh? Member dah sampai depan pintu lif, aku lak nak ke toilet. Kemain lagi aku dengar dia tekan-tekan butang lif tu macam nak tercabut dibuatnye. Lantak ko. Ada aku kisah?

Cara-cara layanan yang baik hati dah tak guna di tempat aku ni, harus la dipraktikkan tahap selamba seperti En Noor. Aku jamin, elok je aku buat perangai macam En Noor, memang banyak la post yang kosong kat tempat aku ni.. sebab ramai yang akan check in kat Tanjung Rambutan!