Rabu, 14 Mei 2014

MalasKe?

May 14, 2014

Aku baru terima satu call dari sorang pegawai ni. Memang menyemakkan fikiran la, nak suruh aku follow up sal claim pegawai yang dia panggil untuk LDP. Masa nak buat latihan, ko SYOK SENDIRI. Semua buat sendiri, tak percaya orang. Masa nak hantar claim orang yang jadi tenaga pengajar pun sama, SYOK SENDIRI. Ko yang pepandai buat claim manual, then hantar sendiri ke Bukit Aman. Alih-alih sekarang nak aku follow up bagi pihak ko? Jadah ape kah ini? Ape aku dah takde kerja lain di mata ko?

Boleh je aku nak follow up, tapi sampai bila aku nak layan orang kencing berak atas kepala aku neh? Sopan sangat aku selama ni ngan korang, perangai masing-masing bukan main lagi ye. Yang ko ni pun satu, Isnin hari tu ko bagi aku senarai, ada lak masa ye. Nape ko tak call sendiri untuk follow up? Pastu hari ni, macam dah takde kerja lain ko nak buat kan? Follow up la claim orang tu sampai dapat. Nak paksa-paksa aku lak pehal? Ko memang saje je kan? Nak bagi aku modal nak menulis hari ni.

Sebab ko cani la anak buah ko lagi sangat la hampeh! Dah buat macam taik kat aku, boleh pulak buat muka LEMBU kenyang, tanya aku sape yang akan approve monthly claim dia nanti. Ohh.. ko takde perasaan ye? Meh sini biar aku pulak bagi sedas. Selamba tapir la pulak aku menjawab, "tu aku tak tau. Ko nak tau, ko call D1". Boleh? Member dah sampai depan pintu lif, aku lak nak ke toilet. Kemain lagi aku dengar dia tekan-tekan butang lif tu macam nak tercabut dibuatnye. Lantak ko. Ada aku kisah?

Cara-cara layanan yang baik hati dah tak guna di tempat aku ni, harus la dipraktikkan tahap selamba seperti En Noor. Aku jamin, elok je aku buat perangai macam En Noor, memang banyak la post yang kosong kat tempat aku ni.. sebab ramai yang akan check in kat Tanjung Rambutan!

Tiada ulasan: