Jumaat, 16 Mei 2014

Hari-Ini-Hari-Yang-Blur

May 16, 2014

SELAMAT HARI GURU UNTUK SEMUA GURU DI MALAYSIA!!

Walau pun entry hari ni tak berkaitan dengan sambutan Hari Guru, aku tetap nak wish. Aku bangun lewat, gara-garanya anak aku sekarang rajin bangun tengah malam, ajak main. Semalam aku yang bangun, En Noor sedap je membuta sampai ke pagi. Sudahnya aku pening tak cukup tido, balik kerja semalam terus tumbang. Pagi ni giliran En Noor pulak yang bangun melayankan Safiyyah. Aku memang tak sedar apa langsung. Tidur mati!!

Kisah pertama - aku terpandang pek Rigevidon kat dalam beg yang tergantung sebelah almari tu. Nape macam aneh je rasa nye eh? Jeng jeng jeng.. AKU SUDAH MISSED MAKAN PERANCANG UNTUK 1 MALAM! Omigod. Berdebar aku ni..

Kisah dua - since aku bangun pun dah lewat (6.30 dah kira lewat ok, aku bangun awal sebab nak masak sarapan everyday - even kelihatan poyo, aku nak jugak cerita!), maka adalah kami anak-beranak membeli sarapan di luar sahaja. Jadi aku agak awal sampai di pejabat. On the way nak keluar simpang tu, ada Myvi kat belakang aku ni dah panas bontot. Siap potong line sebab memang dah tau akan berjanggut tunggu orang kat depan tu keluar simpang. Aku takde mood nak rushing, tapi tetap follow tetap follow.

Sampai la kat traffic light simpang empat kat Bukit Angsana tu, si Myvi ni pecut kejar lampu hijau. Aku lak stuck kat belakang satu Honda ni. Ingat dia nak pecut jugak, still sempat. Alih-alih dia berhenti masa lampu kuning baru menyala. Mujur aku jauh lagi, so aku pun mombontot je la. Ni la situasinya:


Sorry ye, aku takkan blurkan nombor plet dia. Mamat ni nyaris buat banyak kereta lain eksiden, sebab dia drive sambil bercinta. Oh dear, please, orang nak pergi kerja pagi-pagi ni, nak kejar masa. Kau kalau nak bersiar-siar, jangan la jalan tu ke tengah ke tepi. Nak kena langgar ke? Aku terpaksa overtake masa kat bukit lepas traffic light The Peak sebab kat atas tu nak belok masuk ke opis dah. Masa aku jeling rear mirror, banyak kereta beratur belakang ini Honda. Adoi la!!

One more thing, semalam ada satu sampul sampai kat mailbox aku. Punya la pelupa aku ni, bila lepak-lepak makan nasi lemak sebelum mula kerja, baru aku teringat yang aku pernah register untuk jadi member FreshKon Club. No specific reason, saje gatal tangan on that day. So dapat la offer buy 1 free 1. Aku dah sekian lama tak pakai contact lens ni, tapi sejak Safiyyah dah pandai membelek spek aku untuk pakai (konon bergaya sangat la tu. Sok ko rabun cam ibu baru tau), En Noor suggest aku pakai contact lens balik. Spek aku ni dah tahap ikat frame dengan getah, punya nazak nye.


Pamphlets yang included dalam sampul tu.


Sila la bawak surat ni bila nak purchase contact lens nanti ye. Kalau tak, memang tak dapat la Buy 1, Get 1 FREE tu (perkataan FREE tu nak caps saje.. hampeh!).

Oh, Akaun KDN dah call aku regarding Bengkel Panjar Wang Runcit. Seriously, office aku ni memang lembab ke hape? Aku naik segan bila pergi kursus or bengkel yang berkaitan kewangan or petty cash ni. Orang lain semua taraf CC or EO yang pegang petty cash, tapi kat tempat aku ni, boleh hentam kerani cam aku je pegang petty cash. And aku fed up dengan urusan yang panjang dan meleret. Orang datang pada aku nak mintak claim (opkos la aku akan bagi, tapi biar la ada bajet nye), siap komplen lagi kata aku lembab uruskan petty cash. Hello, kot aku ni lembab, asal ko tak buat je? Meh sini aku bagi ko handle, tengok ko lagi laju dari aku ke tak. Kambing betul!!

Since aku telah mendapat call, maka update blog adalah tidak panjang. Sekian.

Tiada ulasan: