May 28, 2014
Situasi yang aku hadapi sekarang ni mungkin korang pun pernah hadapi jugak. Tempat aku bekerja ni adalah jabatan kerajaan, jadi dari masa ke semasa akan sentiasa ada student dari IPTA atau IPTS yang datang untuk buat industrial training. Well aku kat bangunan ni saja dah nak genap lapan tahun, dari KPP lama yang cuma benarkan pejabat aku terima not more than 10 students at a time, sampai la bekas KPP aku yang skang dah naik jadi Timbalan Pengarah, jadikan tempat ni tak ubah macam universiti forensik.
Yang nak dijadikan point aku sekarang adalah attitude students yang datang kat sini buat latihan. Korang ni cuma attached je kat sini, so tak perlu la nak buat muka berlagak or menyombong tak tentu pasal. Dah namanya pun MENUMPANG, kan? Kasar kan? Tapi kalau tak aku jot down kat sini, memang sampai bila-bila pun korang akan tetap berperangai macam ni. Now please hammer down some manners into your empty head, sebab aku seriously have no idea how your shoulders could have carry around such big head as yours. Aku bukan sape-sape ye, belajar kat U pun tak pernah. Eh.
Ada orang inform kat aku kenapa la student U yang datang kat tempat aku ni berlagak gila padahal aku tak kenal pun nama tempat korang belajar tu. Semuanya berpunca dari si SMURF bangang yang siap pesan kat students ni semua supaya just respect pada orang yang pakai tag kuning saja. Yang biru or pink tu tak payah hormat pun takpe sebab bukan pegawai. Wow, cantik gila cara ko ajar anak orang adab dan budaya. Macam ni punya tebiat pun ada hati nak sound orang lain supaya respect ko. Apa semua anggota and civil officers kat pejabat ni HEWAN je ke pada hemat ko?
Nak lagi sedap? Student yang datang buat Industrial Training (ai is no stupid okeh. ai is ken skipping london) layak tuntut elaun training. Jadah apa agaknya si SMURF ni siap arahkan anggota untuk lengkapkan permohonan untuk student ni semua, so diorang tak payah buat pape. Sedap okeh. Aku pun nak macam tu, datang MENGANGKANG je, MEMEKAK kat hallway ni serupa BERUK TERLEPAS KANDANG, then by end of training, aku dapat duit free. Bukan nak isi form pun, dah ada KULI tolong buat, ko SIGN JE. Banyak cantik ko punya muka eh?
SMURF ni kan.. KAKI BODEK okeh, aku tak rasa nak berahsia sangat la. Sape yang kenal tu kenal la. Lagipun sape la sangat yang buka blog aku ni. Tapi untuk si SMURF ni, lenkali ko rasa nak arahkan aku, ai is no understand okeh. Tak belajar tinggi sampai kat U, tak jadi pegawai. Ai is no stupid, tapi ai is no understand jugak. Boleh? Sukati aku la!!
Moral of the story untuk student yang dah ada ni (bukan semua perangai cam gamps ye), DAH DATANG MENUMPANG TU, BUAT LA CARA MENUMPANG. JANGAN BERLAGAK TAK TENTU HALA.
Sekian entry suam di tengah hari rembang ni.
p/s: aku akan up satu entry berkaitan supplement untuk ibu menyusu.. rasanya ada yang still tak faham pasal ni. Bagi aku sikit time, settle apa-apa yang patut atas meja ni, aku MENULIS dengan penuh konsentrasi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan