Selasa, 10 Februari 2015

Fly I

February 10, 2015

Baru pagi ni aku larat nak up entry. Bukan apa, minggu last January hari tu aku dah ke Johor, ambik princess untuk duduk di KL semula. Supposedly aku balik pulak Selasa masa cuti Thaipusam tapi aku dah memang totally out of energy. Aku still ingat malam aku gerak ke Johor nak ambik Safiyyah, perjalanan dari Sungai Buloh ke Seremban boleh tahan lagi sebab hujan, so aku dalam alert mode. Elok lepas Seremban, hujan pun ala kadar je, angin pulak kuat. Ada 2-3 kali aku hampir doze off.

Maka Jumaat lepas berangkat la aku kembali ke istana hinggap nun di Cheras. Dalam hati, perasaan aku bercampur-baur. Rindu pada anak, tapi at the same time anticipation about loneliness dekat rumah tak lari. Jangan salah faham, aku memang rindu Safiyyah, cuma aku memang tak pandai bila nak plan aktiviti dengan anak. Selama ni En. Noor yang urus, jadi bila dia kerja nun di hujung dunia, tunggang-terbalik dunia aku pulak jadinya. Senang kisahnya, memang aku manja la sejak kahwin. Gedik.

Pukul 4.30 aku gerak, meredah jammed di sepanjang jalan. Elok sampai je rumah, aku terus letak beg and start cuci peti ais. Macam sengal je bunyi nye kan? Terpaksa beb. Daripada aku meroyan sorang-sorang, baik aku kemas apa-apa yang patut sebelum keluar untuk ambik Safiyyah. Masa ni la aku baru sedar, barang basah untuk memasak takde. Dapur tu lifeless. Sebak pulak, tapi tangan tetal jalan. Mandi ala kadar (oh, ni memang habit aku dengan En. Noor. Kitorang compete siapa paling cepat abis mandi. Jimat air). Gi umah kak Ros.

Safiyyah agak blur masa mula nampak aku, tapi tak lama la. Split second je. Lepas tu dia punya energy start flow, aku ingat dalam 15 minit pertama aku kat umah tu ada dalam 10 kali dia tawaf dari ruang tamu ke dapur bawak ke ruang tamu semula. Every time dia sampai ruang tamu, dia akan peluk aku, minta aku cium pipi dia then sambung main. Malam tu aku tak masak, just basuh baju je. Safiyyah lebuh awal lagi, sebab dia tak tidur sepanjang hari. Aku tunggu En. Noor balik, borak-borak dalam telefon then tidur.

Pagi-pagi esoknya, Sabtu, aku tak tunggu lama. Safiyyah macam ayah dia, early bird, so any activity in the morning is quite smooth. Aku bawak dia ke taman, sebab tu yang En. Noor pesan pada aku. Ko bayangkan, dari 8.25 kat taman tu sampai 9.45 pagi, boleh tahan untuk aku sebab ni kali pertama aku bawak Safiyyah berjalan and main, SENDIRI. Yang penting aku buat apa yang En. Noor pesan.









Anak aku dah pandai main gelongsor,  macam orang lain. Normal okeh, NORMAL. Dia tak meniarap atas gelongsor lagi dah. See, balik je rumah ngan perut kenyang sumbat roti telur, siap mandi terus anak dara aku lebuh.

Tiada ulasan: