Ahad, 18 Januari 2015

Orientasi 1/2015

January 17, 2015


Tiba-tiba je kan?? Sebenarnya minggu ni aku kelelahan sikit. Awal cuti semester lepas aku dapat maklumat mengatakan aku dipilih sebagai Jawatankuasa Orientasi untuk sesi Januari 2015. Nak kata beria sangat pun tak jugak, aku just nak cuba nasib and mostly aku just ambil peduli tentang credit hours yang aku akan dapat. Tu je. Isu nak buli or ragging junior tak terlintas pulak.

Masa meeting dengan HEP, aku diletakkan sebagai JKO yang menjaga kumpulan. Aku mesti kenal semua anak buah aku, mesti ambil tahu sakit pening diorang sepanjang orientasi. Kali ni orientasi lebih lancar berbanding masa aku dulu, sebab kitorang DILARANG KERAS memberikan hukuman kepada junior.

Aku tak kisah pun. Yang MELARANG KERAS tu pengajar. Senang kisahnya, esok kalau junior ni masuk kelas then buat besar kepala, ko jangan pulak datang mengadu pada orang HEP. Aku just melalak-lalak masa first day je. Tu pun sebab ada la junior sengal sekor-dua yang rasa kolej ni abah dia punya. Orang suruh jalan pantas, dia boleh pandang kerek kat aku. Sekali aku tempik, siapa yang still jalan lenggang aku suruh merangkak, tetiba kaki memasing ada roda.

Time management, aku puji batch ni. Diorang on time. Suruh berkumpul pukul 4 petang, 3.30 masing-masing dah berderet pergi padang. Cuma ada la 4-5 orang yang kepala angin sikit; asal lewat tak nak turun langsung. Ko ingat ni universiti?? Aku pun pernah pergi U, hoih! Kat sini kalau ko tak turun, aku naik bukak pintu bilik ko pakai pendua. So tak yah la rasa bijaksana sangat.

Kali ni KPSL punya la ramai, kursus Kesihatan Persekitaran pulak tu. Aku tau ko ada henfon canggih, ko ada WhatsApp, Insta segala bagai. Tapi kalau masa makan yang tinggal untuk ko cuma 7 minit, patut ke ko waste time? Bila aku nak rampas henfon tu, sibuk lak tunjuk kuat. Siap cakap ko cuma bagi henfon tu kat isteri ko je. Hello, bang. Ko ingat aku kebulur ngan henfon ko ke?? Tak pun ko rasa aku syok kat ko?? Jantan habis la ko mintak maaf (read: dengan nada ego) sambil ketar-ketar tahan marah??

Aku tak heran la, bang. Takat ko nak tunjuk poyo sebab ko pernah keje, aku pun pelatih KPSL. Tak yah la nak tumbuk-tumbuk tangan ko tu. Sikit tak gugur pun bulu aku ni ha. Aku dah jumpa bangsa yang senyap dan mesra alam tapi mengerikan bila dia tak senang dengan kerenah aku.. lebih horror okeh. Setakat janggut kambing sejemput kat dagu ko tu, aku belum ngeri lagi. Bila aku diam je, reti pulak ko malu sendiri kan??

Kali ni punya la ramai yang sakit. Out of 260++, 40 orang sakit. Macam-macam la ko dengar alasan. Aku tak kata diorang ni menipu, tapi nampak benar manja nye. Everytime orientasi memang orang akan paksa ko berlari or jalan laju, then dera ko jalan itik, or duduk separuh (invisible chair). Time aku dulu pun kena. Toksah la bagi alasan banyak sangat. Tapi dah rezeki korang, semester ni ramai pengajar nak selamat, so 'penderaan' ni out of questions la ye.

Kat kelas lain pulak ceritanya. Program aku ni ramai orang yang saiko. Depan cakap lain, belakang cakap lain. Dah tau kelas ni ramai sangat yang jadi JKO, ko restrict la. Jadah apa nya ko lepas kitorang ramai-ramai, pastu pengajar lain masuk mengamuk-ngamuk call Ketua Program, ko pulak terus menyorok?? Program aku ni macam anak tiri okeh, dari kelas besar yang rosak aircond sampai dah repair elok balik, downgrade ke kelas kecik. Batch aku sampai hari ni belum dengar khabar pasal uniform. Masa VP hari tu pakai baju kurung, jenuh menjawab. Korang masing-masing boleh la dok rileks je kat opis kan?

Dah tu, yang pengajar-pengajar lain ni pulak, ko tak yah susah-susah nak meng'hanjing' kitorang boleh? Kena hamun percuma dengan pengajar jemputan pun dah cukup, ko yang everyday tengok kitorang ni perlu ke nak perli-perli kitorang?? Ko takmo kitorang jadi JKO takpe, next semester ko handle sendiri orientasi tu. Biar ko yang bangun awal, tido lewat. Baru BERKAT gaji ko makan and suap anak bini. Runsing aku dengan pattern program aku ni. Lama-lama PT yang keluar dari tempat ni semua psiko, baru tau.

Semalam last orientasi. Aku sampai bilik pukul 6, telan panadol and terus tido. Pagi tadi pukul 10 baru aku bangun. Hamik situ penangan jadi JKO. Aku start demam dari mula balik ke asrama, tapi sebab semua komitmen aku teruskan jugak. Lepas ni tak yah susah-susah nak tanya aku nak volunteer join activities ye. I will openly ask for bribe; credit hours. Kalau ada, aku join. Kalau tak, you can kiss my service goodbye. Aku dah tak kuasa layan korang lagi dah.

Conclusion: banyak benda baru yang aku belajar dari orientasi; time management, human resources management, psychology and so much more. Cuma yang menjelekkan tu adalah sikap orang-orang di antara kita.

Tiada ulasan: