Khamis, 22 Januari 2015

HariGaji

January 22, 2015

Hari ni hari yang semua orang tunggu-tunggu. Hari yang orang dapat allowance, hari orang dapat gaji, juga hari ceti-ceti mengutip hutang (aku cuba membayangkan muka Janaki tersipu-sipu bila terpaksa buat muka garang nak kutip hutang). Untuk aku, ni kali pertama aku merasa nak ambik gaji sendiri kat kolej.. sebab En. Noor dah jauh nun di Johor, takde orang yang nak datang hantar duit cash time aku kering.

Mesin ATM dah la sebiji je, rosak pulak. Maka berduyun-duyun la hamba-hamba Allah menuju ke hospital, sebab kat sana kau sebut je apa mesin ATM yang takde, semua lengkap. Aku transfer duit hutang buku and duit hutang kelas yang aku carry forward dari semester lepas ke akaun kelas. Then aku transfer duit untuk bayar personal loan ke akaun lain. Now yang tinggal just duit makan je. Ngam-ngam.

Malam tadi ada la perjumpaan sebab nak lantik ketua blok. Kat notis sebut perjumpaan pukul 9.30, tapi kitorang ni melanguk sampai la ke pukul 10 lebih. Kau tau pukul berapa gerombolan warden ni nampak batang hidung? 10.30 okay. Budak-budak ni ada yang dah tunggu since 9.15 malam. Nampak tak kat situ berapa banyak masa yang terbazir? Orang dah menggelisah nak naik bilik, so takde dah yang pay attention pada pengumuman yang kau buat. So kau pun melenting and menjerit-jerit. Padahal tadi kau jugak la yang melenggang hayun bontot, terkedek-kedek.

Then kau sibuk tanya siapa yang dah kahwin. Aku boleh je buat bodoh tapi tak guna pun. Kau sendiri boleh semak dari data kat pejabat asrama, siapa yang dah kahwin and siapa yang belum. Tapi soalan kau mati kat situ je. Kau cuma sebab kau nak aim, mana muka yang kau boleh target bila kau buat RONDAAN nanti kan? Kalau sehari dalam hidup kau tak payah aim muka orang tak boleh? Aku tak cuit kau, so kau jangan nak besar kepala la sangat nak cuit aku lebih-lebih. Setakat kau kemaruk nak orang 'wish' kau tu, takde masalah pada aku

Meh aku terangkan menatang apakah 'wish' ni. Masa mula aku orientasi, asik la JKO dok terpekik terlolong suruh wish senior. So aku ni dah salah faham, aku ingat almost all seniors and pengajar yang ada ni NON-MUSLIM. Rupanya wish tu adalah bagi salam. Aku pun jadi terbodoh jap. Kau dah tak boleh nak suruh orang bagi salam, tapi sibuk la suruh wish. Salam tu applies to all; be it muslim or non-muslim. Salam, okay. Not wish.

Hari ni kecoh la sekejap di kalangan classmates aku yang memang suka fly (rules and regulations tak melibatkan diorang). Kalau ikutkan aku pun bengang. Bila En. Noor jauh macam ni, mau je la aku fly tapi disebabkan ada nenek yang panas bontot bila tak ugut-ugut students, I said, fine. Kau nak sangat kan. Aku akan mintak balik every week, legally. Aku akan mintak penyelaras sign buku. Kalau kau tak nak bagi, aku blah je. Lantak kau la nak ambil tindakan apa pun.

Pasal telefon tu, tak payah la ugut-ugut suruh jawab. Bos aku dulu Ketua Penolong Pengarah. Dia call pun aku tak jawab. Bukan sebab aku besar kepala, tapi kau cuma manusia. Setiap orang ada tanggungjawab sendiri. Kalau kau tak boleh nak respect tanggungjawab orang lain, jangan expect orang nak hormat tanggungjawab kau pulak. Hidup ni kena give and take. Bukan kau sorang ada upper hand and everyone else semua dok menagih simpati kau. Okay?

Pagi-pagi hari ni aku makan berat, bihun+nasi goreng+ayam goreng. Takpe, korang boleh urut dada dengan tahap buruk lantak aku ni. Lunch aku hentam burger ayam double. Petang tadi lepas amik duit, aku lanyak nasi kukus. Now aku tersadai kekenyangan kat bilik ni, ditemani oleh roommate yang dah melayang-layang ke alam mimpi. Jap lagi boleh la aku mandi dan membelek-belek nota hari ni, sambil menunggu En. Noor balik dari keje dan call aku. Selagi dia belum lepas imigresen, aku tak boleh nak call.

Sekian laporan untuk hari ini. Ok bai.

Tiada ulasan: