January 23, 2015
Aku agak gelisah semalam, sebab memikirkan kat mana la aku nak letak Safiyyah sepanjang aku belajar ni. Masa mula nak decide dulu, aku putuskan Safiyyah mesti berada dengan salah sorang daripada kitorang; aku atau En. Noor. Aku tak nak Safiyyah lost. Keputusan untuk pindah kerja dari KL ke Singapore memang dah dibincangkan sejak bulan 11 tahun lepas. Actually En. Noor dapat offer awal, tapi aku tengah exam, ditambah dengan stress gaji delay, dia just diamkan dulu.
Aku memang reluctant untuk terima sebarang perubahan, even perubahan pada life orang lain yang disebabkan oleh aku. Masa masuk asrama semester lepas, monyok jugak la aku dalam seminggu. Aku tak suka tinggalkan En. Noor, and I really hate to leave Safiyyah. I missed them so much. Rimas gamaknya dengan mood selebet aku, En. Noor gagah datang ambik aku every weekend possible, outing dari 6.30 pagi sampai 10 malam. Bukan ke mana pun, kat rumah je. Janji aku tak memekak rindu anak every time dia call. Dah nasib la bang, bini tiga suku.
But now memang tak boleh nak buat apa. Dengan gaji yang dia dapat kat Giant, ditambah aku sambung belajar, memang perit sangat. Kena pulak selama ni sewa kongsi bayar sebab duduk dengan adik-adik aku, alih-alih bila masing-masing pakat nak pindah keluar, memang terduduk sungguh. Perit macam mana pun aku gagahkan hati terima keputusan En. Noor nak pindah ke Johor and terima offer kerja dari Singapore. Barang-barang dalam rumah tu aku maintain je, termasuk barang-barang adik-adik aku yang still ada. Aku berat betul terima keputusan pindah keluar ni. Sekian lama aku yang mak abah pada diorang sepanjang kat KL.
Tah macam mana tadi aku buka WeChat, nampak post from Dea dalam moments, about makan kat Uncle Jack. So aku tanya, balik rumah ke? Dia cakap balik nak kemas barang-barang and pindahkan almari. Seriously aku rasa lost sangat. Mungkin macam ni la yang mak rasa bila aku cakap En. Noor nak pindah ke Johor. Rasa kehilangan. Akak minta ampun mak, abah. Tersepit betul akak sekarang. Akak faham macam mana mak abah rasa ralat berjauh dengan cucu.. sebab akak pun dah berjauh dengan adik-adik. Bila orang yang kita sayang tinggalkan kita, ada ruang kosong dalam jiwa kita yang rasa sakit, pedih. Tapi mungkin akak sorang rasa macam ni kot..
Everyone has their own life. They live their lives the way they want. But this will drift us apart..
Pasal Safiyyah, a few days ago En. Noor bagitau yang anak buah dia (currently mengasuh Safiyyah) dah dapat kerja baru. So dah timbul isu nak minta siapa pulak menjaga Safiyyah. This time aku decide untuk ambil Safiyyah balik semula ke KL. Memang bunyi macam kerja gila, tapi aku berat hati nak lepas Safiyyah jauh ke sana bila En. Noor sendiri terpaksa keluar awal pagi around 5am untuk elak sesak di imigresen, and balik around 9 pm. Kalau tetiba kena OT (so far setakat ni memang asik la kena OT), dia akan sampai rumah around 11pm. Safiyyah nak bermanja dengan siapa? Weekend pun En. Noor cuma cuti hari Ahad, yang mana selalunya lepak kat rumah je sebab dah penat sepanjang minggu.
Aku bincang panjang dengan En. Noor malam tadi. Mula-mula memang berat nak terima, tapi daripada Safiyyah terkapai-kapai dikelilingi orang yang dia tak kenal and belum biasa, plus dapat jumpa ayah only if dia sanggup stay sampai pukul 11 malam bila ayah dia balik kerja, I'd rather take her back, minta pengasuh lama jaga dia semula. At least aku tau dengan pengasuh ni dia dah biasa, waktu susu, makan, rehat, main semua terjaga. Yang paling penting dia just 40-minutes away from me. If ada kecemasan, aku boleh lari balik (even though pengasuh tu lebih cekap bab kecemasan ni). Hari ni aku dah contact pengasuh, so far everything is set back to the original settings.
En. Noor boleh fokus pada kerja, aku boleh fokus pada study. Aku tau ada yang skeptical bila dengar yang aku nak tinggal anak dengan pengasuh, tapi aku percaya Allah akan bagi yang baik-baik bila kita bersangka baik pada-Nya. Masa mula-mula aku berdepan masalah nak ganti pengasuh, Allah lorongkan hati aku untuk cuba contact Kak Rosma ni. Alhamdulillah setakat ni memang serasi. Aku tak nak hantar kampung, sebab jauh. Aku tak nak mak abah susah.. nanti lain pulak isu yang timbul. Setakat ni, aku dan En. Noor yakin ni keputusan terbaik yang kitorang dah capai.
So now, aku nak bersiap-siap, berwangi-wangi menunggu panggilan chenta dari En. Noor. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan