Sabtu, 19 Julai 2014

Umur

July 19, 2014

Tetiba je aku buat entry sal umur kan? Puncanya sal perjumpaan semalam. Since program aku nye pelatih perempuan agak lewat sikit masuk ke perjumpaan sebab Jumaat tengah hari adalah waktu bacaan yasin, maka aku dengan sorang member dapat privilege, dok depan sekali. Row VVIP okeh. Ko ada?

Masa tu yang aku perasan adalah sesi pengenalan diri oleh naqibah-naqibah yang ada dalam dewan kuliah. Kalau secara tak adilnya, aku akan gelar sesi tu sebagai sesi geliang-geliut. Naqibah yang aku nampak berdiri kat depan tu dah macam masuk pertandingan cari calon menantu dah rupanya. Malu-malu meow je memasing. Ada yang terpusing-pusing kiri-kanan, ada yang stretch in stretch out baju sejuk masing-masing.

The most common thing adalah part umur. Sorry sebab aku sangat berterus-terang, part ni aku sungguh meluat semalam. Ada yang suruh teka, bila dah diteka, jawapannya adalah, "dua puluh something". Jadahnya? Malu bangat nak mengaku umur sendiri. Sampai ada budak kelas aku yang dok sebelah siap tanya, yang liat sangat nak mengaku umur sendiri tu nape la? 

Ntah.

Kalau nak diikutkan, aku pelatih perempuan paling tua untuk batch ni. Sikit pun aku tak segan nak mengaku umur. Dah tentu umur ko tiga puluh dua, takde keje nya nak mengaku muda. In fact aku bersyukur, sampai panjang ni dah umur yang tuhan bagi aku (nak suruh aku tobat, cuma aku je yang lembab!) dengan pengalaman yang bukan sikit. So korang yang muda belia ni takut sangat nape la?

Jangan rasa insecure dengan umur. Figure je. Yang penting isinya. Ko beria benar malu nak mengaku umur tu, sebab nak maintain muda. Tapi jangan terkejut, first impression aku masa sampai sini, "eh ramainya orang sebaya aku". Dari segi appearance, gaya bercakap, berjalan, sungguh, aku ingat semua sama baya ngan aku. Mana la aku nak bajet yang bercakap ngan aku tu pangkat ADIK-ADIK sangat?

Eh, ke sebab tu korang malu nak mengaku umur? Sebab korang nampak tua dari umur sebenar? Adoi la..

Jumaat, 18 Julai 2014

BleakDay

July 18, 2014

Sepatutnya hari ni buka puasa dengan group usrah. Bab ni memang den lomah. Aku bukan tak suka, in fact aku tertanya-tanya jugak bila naqibah group aku, Farhana, nak arrange meeting. Aku suka dengan aktiviti yang ada kat sini, kecuali bila semua pakat nak menggatal letakkan status wajib untuk aktiviti masing-masing.

Plan nak buka puasa ni pun baru tengah hari tadi buat, sebab cam biasa la lunch break every Friday, masing-masing menggelupur nak buat aktiviti, then siap paksa-paksa orang datang. Naqibah aku jenis yang low profile, even pesan group kitorang just bawak nasi putih je sebab lauk dia sedia. Aku dah ready okeh.. so sangat ralat.

Arahan dari supra-senior tadi is everyone kena berkumpul di surau sebelum 6.45 p.m. dengan membawa makanan masing-masing untuk berbuka. Wadehell? Hari-hari aku keluar nak dekat kol 7 just to make sure makanan yang aku tapau tu still panas and air still sedap. For the usrah group, I made an exception. Alih-alih tak sedar. Hadei la!!

Rabu, 16 Julai 2014

Let-It-Be

July 16, 2014

Aku baru letak satu entry hari ni, tup tup terasa nak menambah perisa pulak. Aku tak pasti sama ada aku pernah highlight isu senior-junior sebelum ni tapi today aku rasa nak mem'bahan' sikit. Maklum la, tengah puasa tadi, bahan umpatan berlumba-lumba nak keluar, aku gagahkan hati menahan. Now after aku fikir-fikir, aku nak jot down.

Isu senior-junior ni memang ada di mana-mana saja okeh, hatta di pejabat lama aku dulu. Memang terasa jugak sometimes tapi bagi aku, performance is always on the top of priority list. Maklum la, fresh paint. Lagi pun, apa guna nak bergaduh, boasting your ego supaya orang lain tau? Fruitless okay,  baik aku buat mende lain dari layan mende bodoh ni. Kat office still okay, but not in this place.

Chain of command memang berterabur. Everyone seems to be acting as a leader. Even ada coordinator yang jugak pengajar, tapi senior students (yang ni memang diorang demand respect - of which they don't deserve) rasa diorang tetap ada hak atas junior. Berulang-kali, aku repeat, BERULANG-KALI diorang remind kitorang yang diorang adalah senior even though the gap is only one semester.

Last week ada perjumpaan dengan senior yang dah bekerja, untuk pelatih muslim perempuan lepas solat tarawikh. Aku malas nak ingat apa isi perjumpaan tu, mostly isinya adalah sharing. Apa yang kitorang share? Ntah. The next day, ada lagi perjumpaan dengan senior. Aik, everyday ko nak jumpa, jadah apa nye? Bila lak nak study neh? Then coordinator kitorang masuk kelas and inform yang perjumpaan tu tak perlu la nak hadir. Next time kalau nak buat aktiviti, kene ada formal letter. Frankly speaking, coordinator kitorang selalu tanya apa yang senior buat pada kitorang. Fishy okay.

Ingatkan habis kat situ, but you know what they always say about this kind of thing.. you'll never hear the end of it.
Right after our coordinator pesan supaya berbaik je la dengan senior for the sake of future cooperation, senior lak sentap and gi mengadu dengan senior yang lagi senior (convoluted eh?) mengatakan yang kitorang ni kaki adu. HOIH, YANG KO GI ADU KAT SUPER-DUPER-ULTRA SENIOR TU BUKAN KAKI ADU LA YE? Jadah apakah ini? Dengan tak pasal kitorang kene attend perjumpaan dengan senior lepas kelas tadi.

Bla bla bla, the same script. Cuma one new thing, SUPER-DUPER-ULTRA SENIOR pesan yang bleak future awaits us junior if we choose not to be good to each other. For instance, NANTI MASA KITORANG KLINIKAL, SENIOR NI DAH KEJE. WHAT IF THEY DECIDE NAK PEDAJAL KITA TIME TU.. LIKE, TAKMO SIGN BUKU LOG. WORST, SIAP HASUT ORANG LAIN SUPAYA JANGAN SIGN BUKU LOG KITA. OH, WHAT A BLEAK FUTURE, SEBAB KO KONPEM BAKAL REPEAT.

Okay, today aku belajar one new thing. KORANG BILA DENDAM, SAMPAI JADI KESUMAT.. SAMPAI MATI PUN KORANG BAWAK! NAK AKU FOLLOW SUIT KE? PE DE HAL.. TAPI AKU TAKUT NAK PEDAJAL ORANG. BUAT TAK SEMPAT NAK TOBAT, KO NAK TOLONG TANGGUNG BAGI PIHAK AKU KE? So aku decide, for the time being, LET IT BE. Aku bukan budak kecik lagi.

Korang.. ye korang, senior-senior KEHORMAT, aku takde masa nak create vendetta for the sake of a few of you yang BITCHY. Sempena bulan mulia ni, aku amik langkah mula.. AKU MINTA MAAF SEBAB KORANG TERSINGGUNG DENGAN SEMESTER SATU. SEMOGA LEPAS NI KORANG LEBIH HAPPY.

Till then..

1st-Week-Done

July 16, 2014

Hari baru, mata belum nak lelap. Dah lebih seminggu kelas, now aku faham style deduction kat sini macam mana. Minggu pertama pening wei, sistem kat kolej ni totally different kalau nak compare dengan sistem kat uni. Mau tak, panjang satu-satu semester is 6 months, dengan daily class adalah fixed from 8-5. Sama macam masa bekerja.

The next surprise is tutorial session. Kalau kat uni, tutorial session ni adalah masa yang ko akan bincang latihan yang lecturer dah bagi sebelum tu untuk disiapkan. Kat sini, tutorial is more or less A QUIZ, which the marks will be taken into account bila ko accumulate carry mark nanti. First tutorial semua orang dah terkena, dengan fast teaching, tak sempat salin notes and nak tunggu nota fotostat lembab ya amat!! The next tutorials, hehe.. dah pandai okeh.

So far yang aku perasan last week is every class, pengajar akan habiskan satu chapter untuk kelas sepanjang 2 jam. Naik sewel aku mula-mula tu, but now dah faham style kat sini. The only concern now is how to get my hand on a set of questions example. Mana nak cekau pun aku tak sure. Ada tak ada pun, bantai le jawab soalan kat belakang each chapter yang dah selesai. Kadang tu yang tak masuk dalam silibus pun aku hentam sama. Mana tak biul jadinya!!

Schedule tak sama sepanjang semester, every week a new schedule akan keluar. One thing about the schedule is the topic and time as well as the pengajar is subject to changes. Kena get ready everyday. Kalau nak cepat catch up dengan topic of the day, prepare. Read the whole topic sebelum kelas, so that anything yang terasa tak berapa nak faham tu boleh tanya dalam kelas. Mind you, aku yang paling tua dalam kelas ni. Bayangkan nak keep up dengan fresh young mind..

Pengajar will be hard on you, yang tu aku nampak on the very first week. You don't speak to them as if they are your friends. Tapi aku tak kisah sangat kot bila diorang demand high level of respect. Most of them came here with years and years of experience. They've had their share on the hard time, and they survived. So the respect they demand is well earned. And they are so up to date with the current technology and knowledge. Lagi ko nak bangkang? Luku kepala nak?

Eh, dah dulu la. Aku nak tido, sok nak bangun sahur lagi. Tomorrow kitorang akan start amali. Till then.

P/s: manusia ada 206 tulang, think you can memorize all the name in a night?

Khamis, 10 Julai 2014

Orientation-Done!!

July 10, 2014

Dah 4 hari orientasi habis. Macam-macam kisah jadi sepanjang orientasi ni, maklum la, bulan Ramadhan (aku stress kan word RAMADHAN ni.. sebabnya nanti aku cerita). Hari pertama adalah petang selepas lapor diri. Macam-macam kerenah yang timbul, one of them was tudung bawal. Pelatih diwajibkan pakai baju jersey yang dibeli pagi tu, beserta tudung bawal putih, seluar sukan dan kasut sukan. Stokin HITAM PANJANG, sebab kalau pendek nanti Jawatankuasa Orientasi (JKO) akan suruh pakai di tangan. Jadahnya??

Well, there's a lot of army-wanna-be including la tempat aku ni. Jangan salah faham, aku suka environment kawasan ni, nak belajar sesuai tapi tang JKO nak sangat bagi kitorang orientasi ala-ala army ni aku agak konpius sikit. Dah nama pun kolej di bawah Kementerian Kesihatan, patutnya orientasi tu biar la yang bersesuaian. Aku faham, first day and the second memang mencabar sebab ramai freshie, which means belum pernah kerja. Tapi sila ambil maklum jugak la yang ada pelatih KPSL among us, dengan experience kerja as penjawat awam.

Since benda ni dah lepas, aku tak la nak amik port lelebih nak kondem. JKO yang ada dah buat kerja yang baik, cuma mostly yang aku encounter adalah bangsa yang takde adab. Kerja nak menjerit kat kitorang sepanjang masa, sampai satu insiden tu aku tengok lepas sorang, nanti sorang lagi sambung 'menyalak'. Ni bukan nak hina, tapi kalau korang dok tempat aku, korang pun akan cakap benda yang sama. Puncanya? Sebab tak wish. See, nak bagi arahan pun tunggang-langgang. Supposed diorang cakap la, "bila jumpa pengajar or senior, sila greet". Belum pape aku dah jadi cikgu BI. Cis!!

Bulan puasa orang letih, jadi bagi la rehat awal sikit. Ni lepas solat tarawikh, still nak kumpul kitorang then sekor-sekor pakat nak melalak sebab tak puas hati. Aku malas nak amik port, so mende ni setakat masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Tapi yang SENIOR ni kuat benar la sentap nya. Bila kena perli dengan pelatih KPSL, mengadu pada bahagian disiplin. Ada tu siap buat pengumuman, "pada abang-abang dan kakak-kakak KPSL, kitorang tau korang lagi tua dari kitorang tapi korang kena ingat, kitorang ni senior. So RESPECT kitorang". 
Wadehell?? Kata senior, asal sentap? Aku pernah je jadi senior, mende cani aku tak amik pusing langsung!! Ko tu, layak ke digelar senior?

Sebab bulan RAMADHAN, nak ragging tak boleh.. jadi JKO ni semua dapat idea bernas suruh kitorang ulang-ulang jawab soalan diorang sekuat-kuat tidak, nak terkeluar anak tekak pun ada. Belum pukul 10 dah kering tekak, mulut pun pahit. Ada insiden bodoh gak ciptaan JKO ni, lepas makan disuruhnya berlari naik Bukit Tension nak balik ke surau asrama. Atas bukit tu ada yang siap semput, ada yang cramp, ada yang muntah, nak pitam pun ada. Tak tau la diorang ni BUTA PERUT ke hape, dimarahnya orang yang sakit tu masa nak hantar gi hospital.

Lastly orientasi patut habis Sabtu malam, tapi suka-suka je diorang ubah ke Ahad pagi. Banyak lagi rasanya yang aku nak bahankan, tapi rasa cukup la kot. Entry ni khas untuk kawan-kawan kat opis aku, kalau korang still ada singgah kat sini. See, journey aku memang interesting. Tempat cantik, tapi ramai yang bermulut BETINA, baik yang lelaki maupun perempuan. Well, aku tak stress sangat sebab.. eh, TAKDE KEJE AKU NAK STRESS OKEH. 

Next aku story sal study life kat sini. Now nak siapkan HOMEWORK (plis, jangan la muntah darah pulak dengar aku nak buat kerja sekolah ye).

Till then.

Khamis, 3 Julai 2014

Orientasi

July 3, 2014

Aku penat gile.. sampai tak larat nak update blog langsung. Malam ni pun sama.. tak daya. May be aku cuti blog lagi sampai settle orientasi ni. Till then..

Selasa, 1 Julai 2014

LaporDiri

July 1, 2014

Nak tulis panjang memang tak larat, aku update setakat yang mampu je la. Lapor diri hari ni, took around 1 hour to complete everything. Sian En. Noor melayan Safiyyah. Syukur la anak pun tak meragam, tapi dah nama pun kolej ni besar, panjang la langkah dia.

Orientasi tak ubah style latihan tahunan PALAPES okeh.  Dengan backpack ko berlari naik Bukit Tension, petang time semua dah melepek puasa. Aku yang athma ni pun redah jugak la berlari. Elok sampai, memang mencungap! Aku bajet diorang nak tengok lama mana kitorang bleh hang on before snapped.

Sepatutnya kol 10 dah release tapi ada ko kisah sal time tido? Tak kan? So now dah 11.30 malam, baru semua balik bilik. Sok pagi kol 4 dah kena berkumpul balik. Orientasi bulan puasa, mencabar okeh.  Nak try meh sini, join kitorang.

Dah, aku nak tido. Ciao.