Isnin, 28 Disember 2015

Tetiba.. Saya Pun Terjumpa

December 28, 2015

Sedang aku melayan blues di pagi hari yang mendung, aku terserempak dengan sesuatu. Result paper aku! Dah kedut-kedut sana sini. Aku ingat mesti En. Noor jumpa malam tadi, tapi dia tak cakap pape pun. As always, En. Noor cuma pesan belajar baik-baik. Terasa bersalah sekejap.

Aku still ingat yang aku ada mengadu kat dia pasal keputusan aku ni. Memang kali ni strict marking, result aku jatuh. Strict gila. Aku terasa sangat ralat sebab aku jawab semua paper (dulu sometimes tak sempat nsk habis jawab, sometimes aku nearly lost 8-10 marks). Tambah lagi kitorang dapat soalan yang best; tak pernah blaja pun topik-topik tu semua.

En. Noor cakap, "dah rezeki nye nak jawab soalan macam tu. Dah rezeki nye jugak nak dapat keputusan macam tu. Ye sabar."

Nampak?
Betapa relax nye seorang lelaki.
Padahal aku g blaja ni atas izin dia. Tinggal anak ngan suami. Duduk berjauhan.
Tapi disebabkan dia bangsa yang tak merungut, aku pun dah jadi terbiasa.

Last aku recall, on that very Monday aku amik result, aku called dia untuk inform result aku, and aku balik ke rumah dengan rasa yang bersalah. For that particular Monday je. Lepas tu aku pun dah tak ingat apa-apa pasal kolej or result or anything. The whole month aku spent untuk Safiyyah. And En. Noor.

So, sekian la entry berkaitan result ni. Aku dah puas cuti sampai tahap blog pun aku cuti sama. Later.

Tiada ulasan: