November 18, 2015
Tajuk kat atas tu cuma tempias je pada apa yang aku nak cerita. Dalam banyak-banyak masa yang aku spent kat kolej ni, mostly aku dengar budak-budak kelas aku akan berbunyi tak puas hati pasal salah faham or miss-comm dengan senior berbanding tak puas hati pasal lain. Ko bayangkan, result exam mid-sem dapat dua minggu sebelum nak final exam pun budak-budak tak kepoh and bengang macam apa yang jadi petang ni. Baru berapa hari je senior tu balik ke kolej lepas 10 minggu klinikal, dah bunyi tak puas hati itu ini dengan kitorang.
Senior sangat ko eh? Bab ni memang korang suka ungkit. Tapi bab kitorang kena hentam ngan pengajar sebab perangai korang, tak pulak ko kelebet kan? Manja, kerja lebih sikit dah tak boleh handle. Konon sibuk, semua korang lepas tangan. Kitorang yang mencungap nak cover ni korang tak terima kasih pun kan? How convenient.
Eh kawan, meh aku jawab sikit sebanyak apa yang ko leter sangat kat WeChat moment tadi.
1. Kitorang haram tak tau apa sangat la kes yang ko meroyan sampai ko siap panggil kitorang b**i. Ko cakap ko cuma tanya, so kitorang takyah nak naik-naik suara. Kitorang ni ko nampak macam dah besar kepala sangat. Macam senior sangat. Well, too bad.. memang kitorang pun senior. Dalam dunia ni senior-junior link will never break. Kitorang senior as well as junior, sama macam korang. Bezanya?? Most of the time, KITORANG TAKDE LA KEMARUK SANGAT NAK RESPEK DARI JUNIOR. Aku sendiri pun jarang jumpa junior. Kalau terserempak, senyum je. Ada masalah? Tak pulak aku nampak.
2. Beza kita cuma 6 bulan.. itu ko yang tulis kat moment tadi. Yup honey, only 6 months. Tapi kalau macam ni punya mental attitude yang ko ada, you're going nowhere la sayang oi. Aku yang dah keje ni pun reti nak hormat orang, even yang lagi muda dari aku. Korang? Meh sini aku bagitau sikit attitude korang. Agak RAMAI dalam kelas ko yang tak reti hormat orang lain. Sesama sendiri and pada orang yang lebih tua. Ye korang Gen Y, aku ni Gen Olskool.. Gen X je. Tapi aku tak tau mana korang letak adab. Yang mulut macam longkang pun banyak. Yang nama je dah nak selesai sem 4 tapi tahap kebodohan tu sikit lagi nak cecah bumbung kolej pun berlambak. Ada kitorang kepoh? Nope. Not even worth our time nak bother pasal ni.
3. Tua pun tak guna kalau perangai buruk.. tu pun ko cakap tadi. Well yang ni aku cakap terus-terang. Whereas semua budak-budak program kita sibuk nak maintain muda, aku tak segan mengaku aku dah tua. Because I've been through every single day learning and learning and appreciating things yang aku jumpa or belajar. I am old, yes.. but aku tua and kurang-kurang ada jugak pengalaman untuk aku buat pedoman. Kalau muda-muda cam ko dah bongkak, agak-agak 10 tahun lagi macam mana kualiti hidup ko? Fikir baik-baik.
4. Ko ugut kitorang, "klinikal nanti siap korang". Hmm, yang ni aku nak bagi ko paham macam mana ye? Ko mungkin lupa kot, masa kitorang sem 1 ada sekali korang merungut mengadu dengan senior sem 5 (ke 6? Ntah aku pun tak amik tau).. ko cakap kitorang tak reti hormat korang. So si senior ni tadi siap dengan santai bagitau, korang boleh je nak cakap ngan therapists kat hospital sana supaya jangan sign buku log kitorang. Ntah ye ntah idak boleh buat aku pun tak tau. Tapi aku ingat result final sem senior super-duper ultra ni ada yang kandas. Dia sendiri tengah repeat sem masa 'mengajar' kitorang. Moral of the story: never ever, not even for once, terlintas kat cerebrum ko yang comel tu, untuk aniaya orang. Ko mungkin boleh buat, but what you give you always get back. Ingat.
Lets say la any of you stumble upon my blog and read this post, aku just nak korang faham a few things;
1. Aku jarang amik port hal macam ni sebab aku assume ni semua hal budak-budak. Tapi please use proper word. Bila ko b**i kan kitorang, aku just boleh assume ko dah lama gila cuti makan mende alah tu. Sape suruh? Weekend ko boleh kua, gi cari restoran yang serve apa yang ko suka, makan puas-puas. Aku ni orang tua. Jelik benar aku tengok perangai yang tah apa-apa ni. Tak nak tengok pun, ko akan buat lalu lintas depan kitorang ni jugak.
2. Ko tak puas hati kitorang ni nampak senior kan? Tak payah la ko meroyan sorang-sorang. Meh jumpa kitorang ramai-ramai. Ala macam dulu-dulu masa korang mengadu-domba ngan senior suh marah kitorang. Macam tak biasa pulak ;p. Jumpa kitorang then bash cukup-cukup. Kitorang sikit pun tak kisah. Bukan tak biasa jumpa spesis macam ko.
3. Tak payah ugut-ugut orang time nak gi klinikal. Ko jugak yang cakap, beza kita 6 bulan je. Means knowledge ko cuma advance 6 bulan je compared ngan kitorang. Zaman skang ni 6-months worth of advantage is nothing, in regards to knowledge and experience. And aku pegang satu tabiat dari dulu sampai skang. ALWAYS LEARN. Sebab lagi tinggi pengetahuan ko, lagi rendah diri ko rasa, sebab sedar apa yang ko tau tu cuma a tip of the iceberg. Get my point? Your behavior now adalah reflection of how deep your brainwork is.
And no matter how hard you try untuk jatuhkan orang, so long as that person kerja betul-betul, with honesty and respect sesama sendiri, dia akan dapat bahagian yang baik. Semua agama ajar pasal ni; berbuat baik. Ko baik gi bukak kitab balik la kawan. Agaknya dah banyak sangat science kat kepala, ko pun lupa diri. Tak bagus tu.
For the rest, please calm down. Aku menulis ni pun bukan sebab aku marah; not even worth my time. Aku just nak jot down persoalan-persoalan yang timbul kat kepala aku tadi. And the list above are my answers to my own questions. Aku sikit pun tak tertanya-tanya apa aje la hal yang buat korang ni melecet bontot sangat. Tapi since ni adalah battle among Gen Y, I'll sit this one out, may be aku just usha with disinterest. Please everyone, GROW UP.
Thank you.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan