Isnin, 15 September 2014

Mid-term Exam: Day 1

September 15, 2014

Tetiba je mengalami kebingungan tahap supernova. Hari ni hari pertama peperiksaan pertengahan semester, aku bangun awal sebab terjaga pukul 4 pagi. Lepas kejutkan roommate, aku solat jap then baca sikit lagi nota. Actually apa yang aku baca tak sampai kat kepala pun, sebab aku dah jenuh membaca masa cuti semester hari tu. Tapi dek kerana tengokkan orang yang kalut study, aku pun naik takut and study lagi. Nasib baik kepala aku tak jammed.

Last week pengajar ada info topic apa yang patut kitorang fokus untuk short essay questions; lever system and efficient movement. Kalau nak diikutkan memang banyak benda yang boleh ditanya dalam dua topic ni. Mechanical advantage untuk jenis-jenis tuas, aplikasi tuas dalam tubuh badan. Movement macam mana yang dikategorikan sebagai efficient, apa faktor penyebab pergerakan tak lancar, jenis-jenis senaman.. hai, panjang kalau nak disenaraikan.

Tup tup pagi ni soalan spot tak kena. Menganga trainees kat dewan tadi. Tapi sekejap je la, soalan tetap kena jawab jugak kan? Aku syukur satu-satunya tebiat aku since dulu adalah tak suka spot soalan. Someone used to tell me to study a subject so that you understand them, not to study merely for exam. That's why aku sangat tak suka spot soalan, aku akan study from the scratch. Memang ambil masa yang panjang, but the most important thing is that I remember what I read and the purpose I read them. Ramai yang keluar dewan dengan keluhan.

Petang ada paper professional development, still aku tak spot topic mana yang akan masuk. Let's simply put it this way: ko dah ada kelas sampai 7-8 topic, tapi untuk periksa pertengahan semester ni cuma dua soalan je. Habis kuat pun ada 3 anak untuk setiap soalan. Ko tak rasa ke yang ko bakal pecah kepala nak spot soalan mana yang nak masuk exam? Dari aku bersusah-payah nak meneka, why not study je semua tu. In the end, you're the one who benefits from all these matter.

Selesai je exam, terus masuk kelas. Even minggu exam, if pengajar wish to conduct a class, ko kene terima. Panas kepala aku hari ni. Now aku nak rest before start another revision with physiology. Later.

Tiada ulasan: