Khamis, 7 Februari 2013

AsPromised

February 7, 2013

Sejak dua-tiga hari ni aku rasa lain macam sikit. Kat bawah sana ada rasa tak selesa, tapi aku takmo pegi hospital (sebab takut false alarm je). Macam sekarang, aku rasa kejang semacam kat lower abdomen, and rasa sakit pinggang yang boleh dikategorikan sebagai aduhai..

Jadi untuk menghilangkan rasa tak selesa tu (yang aku anggap bersifat sementara je) dan menunggu masa aku larat nak bangun untuk sambung kerja, baik aku jot down sikit lagi tentang first pregnancy aku ni. Masa mula-mula disahkan pregnant, aku macam excited and plan macam-macam perkara. Lepas tu aku duduk sekejap (masa mabuk.. see? Mabuk bukan la perkara yang tak elok. Aku siap boleh muhasabah diri lagi. Eceh!) dan fikirkan semula. Mengandung ambil masa, dan dalam tempoh nak cecah sembilan bulan tu macam-macam perkara boleh jadi (minta dijauhkan la!). Daripada aku merancang bagai nak rak lepas tu dikecewakan, ada baiknya aku pelihara kandungan baik-baik dan rehat cukup-cukup.

Makanya aku menolak ke tepi isu nak cari baju baby, nak cari kelengkapan baby.. satu je yang aku indulge, cari breastpump untuk bantu aku menyusu baby nanti. Maklum la, aku teringin sangat nak anak aku nanti disusukan dengan susu badan aku sendiri. So dari masa ke semasa aku usha sana usha sini untuk cari promotion, offer time etc etc etc.. sampai la aku dapat beli yang manual breastpump hari tu. Setakat tu je la, ditambah dengan kekangan duit (nak raya, beli supplement aku dan sebagainya), aku tangguh dulu pembelian pelbagai kelengkapan anak. En. Noor pun masih di Johor, aku masih dalam usaha nak bertukar ke sana. Memang serabut habis la!

Dipercepatkan cerita, selepas aku disuruh minum air gula masa pregnancy cecah 5 bulan (alkisahnya sebab aku dah berumur 30 tahun pada masa 1st pregnancy.. aku pun PERCAYA je la), then result senyap je, alih-alih masa dah masuk 7 bulan tak pasal-pasal nurse kat KK Batu 9 cakap aku kena repeat minum air gula sebab aku dah border (reading masa puasa adalah 5.7 and selepas minum air gula adalah 7.4) yang menyebabkan aku pergi lagi sekali untuk minum air gula (lepas tu nurse tu call cakap aku kene amik darah 4 kali sebab: "Puan, you punya reading ada naik sikit la. Nanti datang ambil darah 4 kali ye. Puasa mulai jam 10 malam, 8 pagi ambil darah, next is 12 afternoon, lepas tu pukul 4 petang, lastly pukul 8 malam. You boleh buat test ni di klinik swasta juga.") terus aku naik fed up. Asal la dia tak cakap cane nak turunkan reading masa 1st time punya result keluar dulu?

So aku decide untuk stop check up di KK Batu 9 dan sambung check up di Klinik Mediviron (yang first aku pergi untuk confirm pregnancy). Test darah 4 kali tu? Aku buat tak tau je. Boleh?

Meh kita fast forward sikit lagi ye (sebab aku dah cerita, satu-satunya isu aku sepanjang mengandung yang menyebabkan doktor refer kes aku ke hospital adalah disebabkan berat yang tak naik-naik sepanjang mengandung), aku dah nak masuk 8 bulan. Masa nak pergi register di hospital tu, baru aku tersedar yang aku dah makin dekat nak due, and barang-barang anak belum satu pun aku beli. Borak-borak dengan office mate buat aku terperasan, alamak.. buatnya aku tetiba terberanak, cane ni? Anak aku takkan la nak togel camtu je? Adoyai.. apa punya mak la aku neh! Makanya aku berbincang dengan En. Noor untuk siapkan sikit sebanyak barang-barang keperluan anak (kononnya dah ada kesedaran la time tu!) dan aku sendiri. Sepanjang taklimat ringkas yang aku sampaikan, En. Noor angguk-angguk kepala je.. boleh?

Part ni yang best. Masa bincang nak beli keperluan anak, suami aku buat muka selamba je. Tak nampak teruja sikit pun. Aku je yang beria-ia nak pilih kaler baju, nak pilih tilam bantal, bolster anak, nak fikir cadar tilam anak, toiletries dia.. banyak lagi la! En. Noor? Sungguh hangat hati ini. Tapi rupanya itu hanya luaran saja ye, tuan-tuan dan puan-puan sekalian. Tipah tertipu, bang.. lepas check up first time di hospital, kami terus ke AEON Taman Maluri (aku teringin sangat nak makan sizzling yee mee kat situ) sebab adik aku cakap kat situ ada sale (actually semua AEON ada sale - setau aku la). Dah siap makan, aku pusing-pusing kat area barang bayi.. En. Noor dah mula nampak tak keruan.. oh no!

Dia jalan slowly pergi dekat dengan bin yang longgok baju baby banyak-banyak, dan mula belek-belek satu persatu baju yang ada, menelek segala kaler yang ada kat dalam bin tu. Ikutkan aku cuma nak beli dalam 4-5 pasang je, sebab baby nanti akan cepat besar. Tapi disebabkan aku agak terkedu (dan terpinga-pinga) melihat keterujaan En. Noor, tak perasan langsung dia dah capai 7 pasang baju (yang lengan panjang, pendek, lubang-lubang, kaler oren, coklat, biru, hijau dan sebagainya). Bila aku tersedar, cepat-cepat aku capai tangan dia suruh stop pilih baju. Dalam pada aku tengah dok check baju tu (nak la tengok, kot ada tertetas ke, baju tak cukup pasang ke, etc etc etc), En. Noor hilang sekali lagi.

Kali ni aku jumpa En. Noor dekat tempat yang ada mende macam payung (aku sungguh-sungguh ingat mende tu adalah tudung saji.. sebab masa adik-adik aku kecik dulu, mak pakai tudung saji tu nak elak nyamuk hinggap kat adik-adik aku. Dah besar panjang baru aku reti nama mende tu adalah kelambu bayi. Malu je!), tengah pertimbangkan sama ada dia nak pilih kaler putih atau biru. Honestly, senang betul laki aku pilih kelengkapan anak dia. Tak main la kod warna.. baby girl ke boy, dia hentam keromo je. Janji anak dia nanti merasa macam-macam kaler baju. Kelakar pun ada! Lastly dia pilih kaler biru, sebab pada pengamatan dia, kelambu tu agak besar. Suka hati anda la, En. Noor. Janji anda suka!

Ingatkan setakat tu je nak beli, aku ikut je la bontot En. Noor. Kot-kot la dia dah nak ke kaunter, bayar semua barang. Cuma kali ni dia menonong pulak straight ke tempat bantal. Ada la satu set tilam kat situ sekali dengan bantal dan bolster, murah pulak. Kaler oren. Dia pandang je kat aku.. konpius gak aku dibuatnya. Rupanya dia nak kepastian sama ada aku kisah atau tak kalau dia nak beli set tu. Aku usha keliling, set-set yang lain aku nampak semua tilam nipis, bantal sikit dan MAHAL. Maka aku mengangguk memberi restu ibu pada En. Noor untuk pilih tilam kat depan dia (tebal okey, aku pun jeles anak aku dapat tilam camtu. Gila cekap la ayah dia!).

Satu-satunya barang yang aku pilih untuk anak aku adalah toiletries dia dan napkin kain. Aku capai je napkin Pureen dan set kecik Johnson's & Johnson's, hulur pada En. Noor dan tunggu dia di kaunter (kalau tak buat macam tu, aku ingat mau dia shop lagi barang yang ada depan mata). Tersengih-sengih En. Noor tengok kerenah aku. Seingat aku, sepanjang aku dengar pengalaman orang lain, belum pernah ada yang se'excited' En. Noor. Memang aku terperanjat chicken la! En. Noor yang cool dah tukar rupa sikit, sebab excited sangat nak beli barang-barang anak. Nanti aku amik gambar and update post ni. Buat masa ni, aku tengah serabut nak menyiapkan barut (gatal nak jahit sendiri) dan kalau sempat, nak buat sarung cadar tilam anak aku.

Macam post sebelum ni, aku terpaksa stop sebab anak aku sudah mula gerak-gerak besar. Next time aku sambung lagi, okey. Jaa mata..

Rabu, 6 Februari 2013

37thWeek&3Days

February 6, 2013

Hehehe kali ni punya gap between entry is short. Bukan apa, aku sungguh 'seronot' (adik-adik, sila JANGAN TIRU gaya bahasa acik ye) sebab untuk check up yang kesekian kalinya semalam (February 5th, 2013) menunjukkan indication yang positive for my baby. Honestly aku memang tak berapa berilmu bab-bab mengandung ni, jadi aku tak pasti la sama ada berat ibu kalau tak naik menjadi masalah atau pun tak. Yang penting, anak aku makin lama makin besar kat dalam ni. Sekarang pun aku rasa bila berjalan dah macam Puan Donald Duck (kedek-kedek sana, kedek-kedek sini). En. Suami suka.. cute!!

Cuma sejak minggu lepas, aku terasa betul bila anak ni pusing-pusing kat dalam (alkisah kononnya nak cari part yang best la untuk dia port). Kalau sebelum ni aku cuma boleh mengiring sebelah kanan, bila aku ubah mengiring sebelah kiri masa tido, alamatnya sejam lagi la baru mata boleh nak lelap (sebab dia punya tahap karate bukan calang-calang. Sok aku ingat nak anta budak ni gi belaja Cekak Hanafi la..). Sekarang sudah terbalik, boleh mengiring sebelah kiri, bila sebelah kanan dia 'wacha!!' sama aku. Rupanya bila scan semalam, dia dah ubah port. Patut la ada hari tu aku rasa agak sakit (plus GELI!) kat dalam ni. My baby memang tak boleh duduk diam langsung!

Semalam memang nampak jelas la jantina baby kat dalam ni. So masa nak balik dari HUKM, En. Suami borak-borak la dengan aku pasal pilihan nama. Actually kami tak pilih banyak nama pun, ada dua je. Kalau ikutkan adik-adik aku dan orang-orang keliling, mau beranak satu team bola baru cukup masing-masing punya suggestion. Tapi disebabkan En. Suami berkenan satu nama yang aku sebut, dia tekap telinga kat perut (eceh, ala-ala romantik gitu! Malu pun ada! Tapi SUKA lagi ada!!) sambil panggil-panggil nama tu. Wah, anak kat dalam ni punya gerak, AKU TERUS KONPIUS! Suka ke tak eh? Jom kita analyze situasinye ye.

Bila dia mengeras, En. Suami pujuk, "Nur ********, jangan gerak kasar-kasar. Kesian ibu, sakit bila Nur ******** gerak kasar-kasar. Anak ayah budak baik kan? Gerak perlahan-lahan ye, nak. Ayah sayang kamu." Oh Tuhan, anak tu reti pulak yang itu nama yang ayah dia pilih untuk dia, terus gerak perlahan-lahan. Leganya. Bila aku susah nak tidur malam (sebab kepala dia dah mula menekan bladder aku), and mostly dia sendiri pun gerak kiri kanan (nak ajak main eh? Ibu tak berapa nak faham..), aku tossing around sampai la En. Noor sendiri terjaga dan duduk (cemas je sebab dia ingat aku dah sakit nak bersalin. Betul la, sape yang nebes sekarang ni eh?), aku cuma geleng-geleng je and gitau yang anak dia kat dalam tengah main rounders. Next?

"Nur ********, sekarang dah tengah malam. Kesian ibu, esok nak kerja. Kalau lambat tidur, nanti mengantuk pagi-pagi. Anak ayah budak baik kan? Tidur elok-elok ye. Ayah sayang kamu." Sungguh miracle sekali, anak ni memang sangat dengar cakap ayah dia (agak sebab ayah dia pujuk elok-elok kot. Kalau aku, ikut hangin la..) dan terus senyap. Makanya aku pun berpeluang la tido sampai ke pagi. Begitu la seterusnya keadaan, bila aku agak buntu (bab-bab mengurus manusia ni serahkan pada yang pakar.. sape lagi kalau bukan En. Noor. Nak harap aku? Perang saudara dulu la, baru settle), jadi dalam banyak situasi En. Suami yang banyak tunjukkan macam mana nak communicate dengan baby.

Kadang-kadang bila aku macam diserang emosi berlebihan (nape? Tah, aku belum abis study bab ni), En. Suami dengan sabar berdepan dengan kerenah aku. Ada satu hari tu, aku selamba je cakap "Abang, bila mengandung ni kan, kadang-kadang Salina rasa macam Salina ni cantik sangat. Kadang-kadang rasa macam, apa ni Salina, tak cantik langsung! Ntah-ntah Salina dah tak betul kot? Abang rasa?". Nasib la En. Noor dapat wife tiga suku macam aku ni pun dia boleh handle lagi. Sebab takmo aku layan feeling lebih-lebih, dia jawab, "Mainan emosi je tu. Abang pun kadang-kadang rasa macam abang ni hensem sangat. Kadang-kadang rasa macam, abang ni tak kacak langsung. Sape pun tak nak kawan dengan abang! Tapi kan rasa tu sekejap je. Istighfar la banyak-banyak. Bersangka baik selalu, dapat pun yang baik-baik juga."

Alamak.. kalau ikutkan banyak mende rasa nak tulis kat sini, tapi sana-dalam-punya-budak-kicik sudah kasi kick sama aku punya bladder. Sebelum terkincit, ada baiknya aku stop dulu untuk membuat lawatan ke tempat yang sewajarnya. Nanti-nanti bila aku sudah senang, aku sambung lagi. Tada..

Jumaat, 25 Januari 2013

36thWeeks

January 25, 2013

Besar la harapan aku kiranya tahun ni aku buka dengan sweet note.. tapi takpe la, mende dah jadi. Tuhan dah tunjukkan betapa berkuasanya SABAR. Walaupun aku agak terganggu dengan apa yang dah jadi, tapi aku teruskan dengan redha. Baby pun nampak macam faham dengan keadaan aku, tak banyak buat hal. Walaupun aku pada mulanya rasa TERPAKSA minta maaf untuk perkara yang dah sah-sah bukan salah aku sama sekali, tapi atas nasihat dan pujukan En. Suami, aku berlapang dada. Tak sangka pulak, tak lama selepas aku pergi minta maaf (dan 'dibasuh' dengan penuh angkuh oleh orang-yang-tak-perlu-aku-namakan di sini), keadaan dengan sendirinya reda. Permohonan yang kononnya aku tak uruskan, rupanya dah diluluskan oleh kementerian pada hari yang sama aku pergi minta maaf. Ada musykil sikit kat hati - orang-yang-tak-perlu-aku-namakan tu sikit pun tak tergerak hati nak minta maaf. Takpe la, SABAR je la kan? That's the closure..

So masuk la kita ke cerita pengalaman mengandung aku kali pertama. Pejam celik je, dah masuk minggu ke-36. Berdebar-debar jugak aku menunggu. Sejujurnya, sepanjang aku bersendiri dalam keadaan hamil dan lemah (En. Suami masih di Johor) masa enam bulan pertama mengandung, aku tertekan dan rasa terganggu. Walaupun baby kat dalam kicking sometimes, aku masih tak dapat nak connect dan create bond dengan baby (aku siap pergi tanya dengan Mardhiyyah nape baby aku tendang camtu camni.. boleh?). Aku berfikir terlampau banyak agaknya. Skang? Toksah tanya. Asal baby diam je, aku lak yang mengacau. Suka betul aku tengok kulit perut aku menggelembung tinggi (cam ombak Hawaii) sebab baby dah golek-golek kat dalam sana. Kadang-kadang aku borak-borak dengan baby (tah paham ke idak anak aku tu, wallahu'alam!). Yang paling best sekali, aku boleh wat derk je ngan perangai orang pada aku.. hihihi!!

8 January 2013 aku gi daftar di hospital. Awal mengandung hari tu dok bajet anak aku sok pakai IC nombor 01 la, sebab aku nak pindah ke Johor. Heh, berangan je la Salina! Rupanya kat KL jugak aku bersalin.. Insya-Allah. Masa gi daftar tu pun dah lapan bulan lebih sedangkan aku patut pergi daftar masa tujuh bulan. Cuma nasib baik nurse kat hospital tu takde la nak marah-marah. Tak kisah la.. yang merunsingkan aku adalah doktor agak concern dengan berat aku yang cuma naik 3 kilo sepanjang lapan bulan mengandung. Disebabkan aku ada gap 2 weeks sebelum next appointment dengan doktor, aku tried very hard untuk naikkan berat badan (sebab doktor Kamaliah ada cakap, if ada masalah dengan berat baby disebabkan urat darah pada uri sempit, maybe baby akan dikeluarkan awal and survive dengan bantuan mesin or kotak biru or something like that). Oh no!!

Makanya dalam tempoh 2 minggu selepas tu, aku dengan gagah perkasa mencuba segala jenis makanan (sambil menahan sengsara kurang tido sebab perut penuh - aku mengah!), dan enjoy segala jenis makanan yang aku rasa nak makan. Belum pernah dibuat lagi sebelum ni aku mintak makan makanan yang sama di tempat yang sama dua malam berturut-turut! Betul la apa orang cakap, masa mengandung sulung ni, suami layankan je segala kerenah kita. En. Suami aku tu pun ikut je apa yang aku rasa nak makan (nasib baik la aku tak minta makan merapu-rapu cam sushi ke, resipi pelik-pelik ke.. jenuh travel encik seorang tu nanti!) walaupun sekadar nakkan sup daging di warung Abang Man (kawasan rumah lama aku). Sudahnya, apa je yang aku makan selama ni walaupun bukan la jenis makanan yang boleh disumbat ke tekak En. Suami, disebabkan melayan kerenah aku punya pasal, dia hentam keromo je!

22 January, aku mula check up di HUKM. Dah itu yang paling dekat, and from the words among friends, the service is good. Harap-harap masa aku nanti dipermudahkan la segala urusan. Nak diikutkan jadual untuk 22/01/2013 memang padat sebab aku nak balik ke kampung pulak selepas check up untuk ambik set jamu dari Mbah Mayah (nenek sedara aku) bersekali dengan bengkung. Tapi disebabkan kereta pun belum service, amik masa, ditambah pulak dengan bajet yang ala-ala nak lari marathon je (sebab brake kereta sebelah kanan belakang melekat - pam bocor abis!), makanya aku terpaksa la minta belas ihsan Paman Idin untuk poskan set bersalin aku nanti. Back to check up, aku bangun awal tapi disebabkan aku kurang tido, kepala pening, aku lelap balik dan terjaga semula kol 9 lebih. Sian la En. Suami tak sarapan pape. Aku hentam tapau breakfast kat KFC je on the way nak ke HUKM.

Sampai pulak, nak mencari parking dah satu hal. En. Suami drop aku sementara dia pergi mencari parking. Berjalan la aku terkedek-kedek masuk ke klinik O&G sorang-sorang (mata-mata yang dok sedia ada memandang je). Dengan takde perasaan aku drop appointment card kat slot kol 11, duduk tunggu giliran. En. Suami sampai tak lama pas tu, siap bawak breakfast KFC tapau lagi untuk aku. Tak lama pun, aku borak jap ngan En. Suami, nama aku kene panggil. Nurse suruh aku timbang berat - degup-degup jantung aku - 75.5kg. Eh? Ada naik sudah! Aku senyum sorang-sorang. Jangan terkejut, lepas kahwin aku tak jaga langsung berat badan. Dari 58kg, aku hentam segala makanan sampai cecah 70kg. Sebab tu aku risau bila berat aku cuma 73kg bila dah masuk 8 bulan. Lepas timbang, aku kene bagi urine sample. Senang lak tu, toilet banyak, botol sampel pun siap ada penutup, result terus dapat and botol tu terus buang. Jauh beza dengan klinik kesihatan yang aku pergi sebelum ni. Adoi!!

Next step is scanning. Nama aku tak lama pun menunggu, cuma scanning amik masa sikit sebab sonographer tu baca dulu reference letter dari doktor Kamaliah. So macam-macam jenis scanning la yang dia buat. Dia belek kot sana, dia belek kot sini, tapi sikit pun dia tak komen pape. Yang ada cuma, "sabar ye, kejap je, kita tengok baby okey ke tak". Kene pulak time tu pukul 11 pagi (awal kan? Belum pape aku dah tengah scan baby), time anak aku tido. Senyap je la dia. Siap scan, tunggu giliran jumpa doktor. Yang ni aku tak boleh nak komen la, dah nama pun hospital kerajaan (eh, semi-gov kot? Tah, aku pun tak pasti) makanya aku menunggu je la dengan penuh sabar. Ada la dalam setengah jam lebih aku menunggu, baru turn jumpa doktor. Tu pun bukan terus jumpa, sebab doktor aku hilang. Yang ada cuma sorang doktor lain yang tengah consult patient dia (I listened to every word, but lets just say that I'd rather pretend not to hear anything - it's rude to eavesdrop okay!).

Doktor yang periksa aku came all the way from Indonesia. Dr. Christeven - if I'm not mistaken. So slang dia pun aku dah pening nak translate (kepala aku panas okey - enjin translator aku dah lama tak keje). Siap soal macam-macam, plot graph sana-sini (based on the data readings from scanning). Then doktor minta check perut. Hadoi la, sebelum ni cuma doktor perempuan je yang check tapi kali ni aku nak mengelak pun tak boleh dah. Tawakkal je la.. yang paling best - anak aku boleh lak bangun geliat-geliat time check perut tu. Jadi masa doktor tu tekan sana-sini kat perut bulat aku, ditambah dengan gerak-geri anak aku yang eksaited semacam tu, aku geli sorang-sorang. Nak gelak, aku malu. Tahan je la. Doktor tu ada tanya if aku sakit bila dia tekan sana-sini, aku geleng & maklum anak aku tengah gerak-gerak. So geli. Nurse kat tepi tu siap gelak lagi. Maybe first time mom memang macam ni gamaknye, dia dah biasa sangat tengok kot.

Hasilnya, anak aku normal dan tak bermasalah. Cuma dia kecik. So aku tak boleh nak buat apa la. Next check up is on 5 February. Seriously, aku memang sampai teleng kepala nak translate ayat doktor tu. Dia cakap, "so puan, dua minggu lagi ketemu kita ya." yang aku amik 2 minit untuk faham. Lega sudah. Terima kasih Allah, baby okey, aku pun okey. So entry kali ni mostly and purposely serve as a reflects on what had happened sepanjang 8 minggu gap dari last entry tentang my pregnancy. Next entry, aku akan cerita macam mana En. Suami menghadapi halangan aku dalam persiapan baby. Till then..

Khamis, 3 Januari 2013

DemokrasiTerpimpin

January 3, 2013

I suppose Selamat Tahun Baru is in order. Anyway, that's not the point here. Aku cuma rasa hari ni agak bengang dengan isu-isu remeh yang melanda office aku sejak ada boss baru yang datang dengan new world order. Blog ni hak peribadi aku, jadi apa yang aku fikir, aku jot down. Right? 

Akhir-akhir ni banyak sangat peraturan yang entah macam-macam pada pandangan aku. Memang ada baiknya peraturan ni semua, sebab manusia kalau dah dibiarkan lama ikut perangai dan kehendak masing-masing, nanti naik lemak (bak kata orang tua-tua, bukan ayat aku okeh). Aku terima bila ada arahan tak boleh nak surf internet time kerja, nanti terabai pula tugas yang sedia ada. Aku terima bila ada bunyi-bunyi yang kata kerani kena tau semua perkara (right at the tip of your finger), sedangkan officer yang dah berpuluh tahun kerja bagi alasan tak tau tentang semua prosedur kewangan boleh diterima pakai.

Bila tiba-tiba semalam aku dengar pula kawan-kawan kerani yang maklum boss cakap server internet office ni jadi slow sebab ada orang yang download cerita Korea, otak aku yang tengah laju jalan jadi blur jap. Sorry to say, server office aku yang dok menumpang server orang lain ni kalau nak tengok online stream pun semput, sape la yang boleh nak download cerita? Ke boss aku 'lupa' nak tengok orang tu boleh watch online or download something sebab masing-masing bawak broadband sendiri? Maklum la, gaji kerani dan anggota kecik je, mungkin dia fikir tak mampu la nak subscribe mana-mana internet service.

See, kat tempat keje ni semua orang ikut peraturan. Tapi lately aku rasa peraturan hanya dicipta untuk dipatuhi oleh kerani, sebab anything happen, kerani yang kena. Even ada pegawai or anggota yang terlibat, kerani yang salah. Sekarang semua kerani kena ada di pejabat sebelum pukul 7.45 pagi, dan pukul 8 dah mula kerja. Takde istilah nak borak-borak atau nak berjalan-jalan sana-sini, pukul 10 pagi baru boleh minum pagi. Aku terima lagi. Bila kawan-kawan make comments pasal menda ni semua, aku simply comment, "Next time buat roll call untuk semua kerani sekali. Kalau tak buat memang datang lambat. Anggota pun ada yang datang lambat even ada roll call."

Whatever I said was clear, without any bad intention. Ditujukan pada kawan-kawan sebab pada masa aku cakap, aku pandang kawan-kawan, dan aku sedang membalas komen kawan-kawan. Suddenly ada Superitenden yang terasa hati, elok je aku masuk ke bilik, dia call suruh aku masuk office dia. Ingatkan sebab urusan kerja (sebab ada kerja yang aku tunggu dari Jumaat lepas lagi, tapi dia simpan fail macam kerja tu tahun depan baru nak kena siapkan), tapi purposely nak komen pasal komen aku dengan kawan-kawan. I guess Superitenden ni betul-betul lupa, when you are an officer, there are circles you should join and there are some that should be left alone. Clearly this woman knows only what she wants to know.

"I think that is a bad habit (even as a joke among friends). The order is not from me, but the boss. (Bad habit) to make jokes about the order from a boss. Anyway I stay in Shah Alam, I woke up at 6 and still manage to do every chores, hantar anak pergi sekolah and still be in the office by 7.30, I don't see the reason why you who lives nearby couldn't do that." Actually panjang lebar lagi la komen dia pasal tak boleh berlawak tentang perintah boss, sebab walaupun civilian, since we are hired and work for police, we are bound to the same rules as those who wears the uniform.. bla bla bla..

Aku cuma boleh cakap camni je la, "I didn't say it to your face, meaning it wasn't meant for you. When I said something to a person, it only concerns that particular person. Since the comment was made to my friend, it doesn't concern you and it shouldn't be." Jangan fikir semua ayat ni dibuat-buat, sebab memang the whole conversation (kalau boleh dipanggil perbualan la, sebab dia nak SOUND aku je) di dalam bahasa Inggeris. Kesimpulan yang aku boleh buat, pegawai perempuan ni bercakap bahasa Inggeris tapi tak faham bahasa Inggeris sebab dia tak terima pun apa yang aku cakap tadi. Or rather, officer is right. As of now, Madame Superitendent, we are STRANGERS. Guess what? Mak pesan, jangan bercakap dengan orang asing.. faham-faham sendiri la..

Isnin, 31 Disember 2012

Jujur

December 31, 2012

Entry ni aku buat tanpa sebarang gambar untuk menarik perhatian. Entry ni sekadar pengakuan jujur dari aku.. selama aku berkawan dengan mana-mana lelaki (sebelum berkahwin) belum pernah ada seorang pun yang menegur perihal berpakaian, apatah lagi bertudung. Kawan-kawan perempuan apatah lagi, semua pakat try trend baru setiap kali ada new style untuk tudung. Aku pun terikut-ikut sama (walaupun tak sehebat dan segempak kawan-kawan semua.. disebabkan aku punya sense of fashion memang definitely off), jadi bila aku pakai tudung, ngan-ngam je paras dada. Bukan menutup dada.. macam yang dituntut agama (bukan berdakwah okey).

Masa mula-mula kenal En. Suami, adik ipar (yang tolong kenen aku ngan En. Suami) dah kasi warning awal-awal taraf pendidikan masing-masing. Tak perlu la aku terangkan panjang lebar di sini, cuma jawapan balas dari aku adalah, "So? Kalau tak belajar tinggi nape? Tak boleh kawin ke? Tak boleh nak berkeluarga?" (sila baca tanpa nada marah). En. Suami pun boleh dikategorikan sama macam kawan-kawan lelaki yang lain (pada masa tu la) sebab dia tak menegur pun tentang baju mahupun tudung. Hehehe.. aku fikir dia tak mau menegur hanya semata-mata disebabkan isu taraf pendidikan tu. Takpe la.. tunggu sikit lagi.

Sebaik saja En. Suami menerima akad ke atas aku, perkara pertama yang dia betulkan selepas serah mas kahwin adalah betulkan kedudukan tudung yang aku pakai pada masa tu. Jangan salah faham, bukan singkat, cuma ngam-ngam paras dada. Orang cakap aku pakai saiz M (agaknya la kot, takde keje nye aku nak belek saiz tudung masa beli. Janji ngam sudah!). Walaupun aku tak pin kerongsang belakang tengkuk (macam yang ramai orang buat - nak bagi nampak leher jenjang) tapi aku pin di kiri kanan bahu nak bagi kedudukan tudung terletak. Jadi bila aku bergerak kiri kanan, kadang-kadang kedudukan tudung tu beralih sikit, terangkat sikit menampakkan apa yang ada. Faham-faham sendiri dah la ye.

Aku perasan mata En. Suami memerhati, cuma perhatian tu bukan la berbentuk 18SX (seriously!).. En. Suami lebih banyak lost in deep thought. Dari hari bawa ke minggu, dari minggu bawa ke bulan.. setiap kali aku nak beli baju dan tudung, En. Suami tak pernah komplen, tak pernah bantah. Semua cantik, semua lawa, semua berkenan. But something is amiss. Aku recognize perasaan tu, but always, I can never quite put a finger on it (eleh, admit je la aku ni memang lembab sikit bab-bab ni). Sampai la tempoh aku berulang-alik ke Johor naik bas (time ni aku dah pregnant, so sometime aku sampai waktu Maghrib di Larkin, jadi En. Suami bawa pusing-pusing dalam terminal dulu sebab tak nak gerak time Maghrib). Begini ceritanya..


Flashback

Aku rasa tak berapa selesa nak meneruskan pakai selendang ataupun shawl sejak mengandung ni.. ada rasa suffocated sikit. Nak pulak bentuk badan aku berubah sejak mengandung, ada tempat yang aku fikir memang wajib aku tutup dengan baik (ni aku amik serius sebab ada yang menyampaikan perihal kawan sepejabat yang memandang semacam bila aku melintas depan dia - tak elok sebab status aku bukan bujang lagi) jadi aku tanya En. Suami sama ada dia tau mana-mana tempat yang aku boleh beli tudung berawning lembut. Payah nak cari di KL sebab saiz yang ada semua M, dan aku tak selesa dengan tudung yang ngam-ngam paras dada. En. Suami cakap dia cuma boleh bawa aku pusing-pusing supaya aku ada pilihan, tapi dia belum ada bajet (sebab gaji lewat sikit). Aku angguk je.

Tiba kat tingkat atas terminal tu, aku terpandang satu deret tudung yang aku rasa berawning lembut (and of course, memang tepat sekali pandangan aku tu!) jadi aku terus tarik tangan En. Suami untuk tengok lebih dekat. Sekali belek tudung tu cuma ada saiz L dan XL je. Aku cuba saiz L (siap peraga depan En. Suami). Elok je aku betulkan kedudukan tudung tu, En. Suami tanya harga pada kakak kedai tu. Kakak tu balas, harga ikut saiz. Jadi untuk saiz L, RM18/= sehelai. En. Suami terus suruh aku pilih kaler yang aku berkenan. Eh? Sungguh aku tak faham.. tapi saya-yang-menurut-perintah, aku pilih dua kaler - biru dan hitam (senang sebab masuk dengan banyak kaler baju). En. Suami amik, hulur pada kakak tu dan terus bayar. Eeeehhhh??

Aku diam sampai la kat umah.. sebelum masuk tidur, aku tanya, "kan abang cakap takde bajet.. nape beli jugak tudung tu? Saya boleh tunggu sampai kita cukup bajet nanti baru beli." En. Suami tak terus jawab, as usual, lost in deep thought or rather, phrasing and rephrasing every word sebelum balas pada aku, "abang rasa berkenan. Kebetulan pulak tudung yang sayang jumpa tu abang berkenan, duit ada sikit lagi, pakai je la. Gaji abang pun lagi sehari dua dah nak masuk, jadi abang tak runsing sangat." Gile kau, something is off, tapi aku malas nak panjang-panjang story sebab mata aku dah makin berat. Sok-sok je la aku sambung tanya (kalau ingat la).. wassalam.


Fast forward >>

Aku dah cakap, aku akan tanya lagi bila aku rasa teringat. So ada la jarak dalam 2 - 3 bulan sebelum aku tiba-tiba teringat nak tanya semula. Itu pun sebab En. Suami kebetulan betulkan anak rambut yang terjuntai keluar dari celah-celah tudung dan pipi aku masa naik kereta nak ke CS beli barang dapur.

Aku: Terima kasih abang (sambil senyum-senyum manja, siap kelip-kelip mata lagi).
En. Suami: Kenapa? (rupa confuse)
Aku: Abang tolong betulkan tudung saya.
En. Suami: Oh, sama-sama. Abang suka tengok sayang pakai macam ni, cantik.

Aku nyaris-nyaris terbatuk (kalau tengah makan mungkin aku tersedak), ni kali pertama En. Suami puji pakaian aku tanpa perlu aku mula bertanya.

Aku: Eh? Kenapa? Selama ni saya pakai tak cantik? (korang tengok tu? Dah memang perempuan kan, lagi mau tanya)
En. Suami: Selama ni cantik, tapi hari ni lagi cantik. Pakai baju longgar, seluar panjang longgar, tudung labuh tutup dada. Yang kurang cuma mekap je, tapi abang maafkan sebab abang faham sayang tak suka mekap.

Oh Tuhan.. rasa sebak sangat. Tatau nape, aku rasa sayu betul. Suami aku bukan suka membebel panjang-panjang. Dia memang suka melayan celoteh aku, tapi bersyarah memang jauh sekali la. Dia akan nasihat bila perlu, atau dia rasa aku makin hampir terbabas langgar border.

Aku: Kenapa sebelum kahwin dulu tak tegur? Masa awal-awal kahwin dulu pun tak tegur. Ni dah genap setahun kita kahwin, baru sekali ni saya dengar dari mulut abang pasal berpakaian.
En. Suami: Sebelum kahwin, belum ada hak atas sayang. Kalau tegur pun abang berkias je. Kalau terima, Alhamdulillah. Kalau tak, abang tak boleh paksa. Sekarang dah kahwin, abang wajib tegur yang salah. Salina pakai selama ni belum sekali pun salah pada pandangan abang, cuma sekarang abang tengok sayang dah makin suka pakai labuh-labuh, longgar-longgar. Abang bersuara la, bagi galakan.

Saat tu, aku faham kenapa Allah jodohkan aku dengan En. Suami dan bukan dengan orang lain. Selama ni aku selalu bertanya kenapa aku dijodohkan dengan lelaki yang 180o berbeza sikap dan kehendak daripada aku. Ada rasa takut, tak yakin (walaupun aku sendiri dah tengok betapa kuasa Allah - aku dan En. Suami berkenalan, bertunang dan bernikah dalam tempoh tak sampai setahun). Sekarang aku dah faham.. dan sejujurnya aku sekarang lebih bersyukur dengan ketentuan Allah. Syukran ya Allah, terima kasih En. Suami..

Isnin, 17 Disember 2012

SeindahBudiSelingkarKenangan

December 17, 2012

Atas permintaan kawan-kawan, aku cuba la create satu post tentang event last Friday (December 14, 2012). Agak susah sikit sebab tak banyak gambar yang aku dapat dengan keadaan buyung aku ni (asal berjalan je rasa cam nak pee pee, payah sikit la), ditambah pulak dengan balik awal. Jadi aku snap mana yang sempat je. Ikut rancangan asal, aku pergi naik kereta sendiri, Insp Faridah akan naik kereta sendiri, tapi gerak bersama. Cuma tukar plan naik satu kereta je sebab suami dia kene outstation, dan mak dia tinggal sorang kat rumah dengan cucu.


Aku semeja dengan Fara & Fiza. Campur dengan suami & anak-anak masing-masing, full table okeh. 


Ni santapan malam aku dengan En. Suami. Makanan pertama yang aku habiskan adalah buah. Wah, leganya perut..


Ni version yang lebih clear.. ada rendang daging, masak lemak babat lembu, ayam masak merah, sambal udang, sayur goreng, kari ikan.. senak perut aku menghabiskan makanan..


En. Suami dengan penuh provokasi menyuap makanan.


Anak kecik tu cam malu-malu je nak makan.. tengok ayah ngan mak dia, laju je menyuap. Siap menyengih lagi.


Oh yang ni family model. Sorang pun tak segan nak menyengih depan kamera.


Aku sampai tegak-tegak badan menyuap makanan.. gila sendat perut.

 
Pengerusi event. Bos aku ni nampak sedih je semedang..

  











Choir.. nasib baik la takde coral speaking. Puisi malam ni memang sedih. Aku rasa semua orang pun fikir camtu.












Sebelum aku balik.. atas permintaan kak Yati..




Takat ni je la kehadiran aku dalam majlis ni..

FirstAttempt

December 17, 2012

Ni la permulaan untuk kisah FirstAttempt aku ni. Alkisahnya pada hari Sabtu yang lepas, aku rasa agak buhsan berseorangan di rumah sebab En. Suami kerja, Dea kerja, Awah pula sibuk dengan aktiviti Melilea dia. Maka aku adalah bersendirian tanpa sebarang aktiviti (sebab En. Suami sudah awal-awal kasi warning - "Salina jangan buat kerja apa pun. Abang tak jamin sayang tahu berhenti kalau dah mula buat kerja. Hari ni Salina dengan baby rehat cukup-cukup." - yang dengan sendirinya difahami telah membantutkan niat aku nak berpusing-pusing dalam rumah tu.

Puas baring, aku duduk, puas duduk, aku berdiri menyandar, puas menyandar, aku berjalan, pusing-pusing kat bilik, ruang tamu, dapur.. seriously, aku jammed! Tak semena-mena aku terpandang pulak basikal exercise yang dok tercongok kat tepi dinding tu. Sekeliling basikal tu dah bersih (hasil kerja En. Suami yang rajin lagi baik hati), maka hati aku dengan gedik-gediknya ditarik-tarik ke arah basikal tu. Dah 7 bulan aku dok nak tergedik lagi kayuh basikal, boleh? At first, aku setting nombor 1 tapi disebabkan ringan, aku kayuh laju, perut pun siap goyang-goyang lagi. Maka aku pun tukar setting nombor 2, berat sikit..

Tak sampai pun setengah jam kayuh basikal, aku dah mula kejang. Aiseymen, part ni yang lemah sikit neh. Silap gak sal aku tak warm up dulu. Cuma risau sikit sebab perut pun ada sakit sikit. Jadi bila En. Suami call nak inform dia dah nak gerak balik untuk lunch, aku gelabah puyuh la sebab aku tak masak pape pun. Mujur jugak En. Suami dah beli biskut untuk alas perut, sebab mengikut perancangannya petang baru nak pergi beli stok barang basah. Bayangkan sakitnya perut masa tu sampai menitik air mata menahan kejang. Sampai je En. Suami kat umah, aku tengok makanan yang dia beli. Aik? Kuih donat? Selalu dia bukan suka sangat kuih donat neh.. musykil!

Aku: Kenapa ada kuih donat? Abang suka makan kuih donat ke? (tanya jugak walaupun dah tau jawapannya).

En. Suami: Tak la, tadi abang tengok dari jauh, nampak macam kuih keria. Teringin la jugak, sekali pergi dekat, rupanya donat. Tengok kecik-kecik je saiz dia, abang beli la. Nampak comel je.

Boleh macam tu? Sejak aku mengandung ni pandai pulak En. Suami sebut perkataan 'comel' kat aku. Tapi ada point yang aku tangkap dari ayat tu. En. Suami teringin nak makan kuih keria. Ah sudah, aku seumur hidup tak pernah lagi la buat kuih, asal teringin nak makan aku tunjuk-tunjuk je kat akak tepi jalan tu. Dulu 3 seringgit, skang sebijik dah RM0.40, tapi kesimpulannya memang sumpah aku tak pernah la buat kuih keria. Kepala sudah mula rasa pusing, mana aku nak cekau kuih keria tengah-tengah hari rembang neh? Nape la En. Suami tak beli je pagi tadi? Tak paham sungguh aku.

Alang-alang nak mencari belum tentu jumpa yang memuaskan hati, aku nekad je la call mak tanya cane nak buat kuih keria. Aku siap intro lagi punca nak buat kuih kat mak. Gelak orang tua tu dengar cerita aku. Amik situ, dulu takmo belajar buat kuih. Konon sok dah kawin beli je kalau teringin. Sekali kena suami jenis yang makan semua tradisional.. mau tak kejung otak mencari resipi petua bagai? Siap dapat resipi dari mak, aku mental list je la barang yang nak dibeli. One of the additional untuk barang basah petang ni, keledek.

Fast Forward >>

Misi hari Ahad: siapkan kuih keria untuk En. Suami. Barrier: demam. Lepas En. Suami pergi kerja, aku sambung lelap, sambil bungkus satu badan dengan selimut. Pukul 12, En. Suami call tanya nak makan apa, sebab aku tak boleh nak masak masa demam cani. Asyik nak rebah je koje nye. Lepas bagi senarai lunch, aku bangun, mandi dan pakai stokin, tunggu En. Suami sampai umah. Menu hari ini, nasi putih, kari kambing, sup kambing (aku teringin nak makan kambing), masak lemak petola, masak lemak siput sedut, sambal + air asam, petai. Untuk En. Suami, aku bancuh air sirap selasih (ni pun first time cuba buat.. boleh? Buat malu kaum betul!).

Fast Fast Forward >> 

En. Suami dah pesan, kalau tak larat, jangan paksa buat kuih. Dia boleh beli bila-bila senang (hibanya dalam hati, drama-swasta-minggu-ini sungguh!) jadi aku boleh rehat. Elok je aku usha Nenoneno bersama En. Suami jalan, aku memulakan langkah. Keledek merah yang aku beli semalam, habis aku kupas bersih. Potong kecik-kecik, basuh bersih dan simpan dalam peti sejuk (sebab Awah tengah pakai periuk - maklum la, periuk pun ada sebijik je). Elok je dapur lapang, aku mulakan dengan rebus keledek sampai empuk. Mak pesan letak sikit garam. Saya-yang-menurut-perintah, aku letak je la 1 sudu teh.

Kejap-kejap aku usha keledek rebus tu, nak tunggu empuk memang lama sebab aku buka api kecik je. Tapi elok empuk je, aku terus tapis, lenyek hancur semua keledek tu. Wow, si Awah siap rasa lagi keledek rebus tu. Manis. Suka betul hati aku tengok keledek tu abis kena lenyek. Puas hati, tak ada la rasa ketul-ketul lepas ni. Lepas tu aku letak sikit demi sikit tepung gandum. Keseluruhannya ada la dalam enam sudu besar (plus minus la, aku bukan ukur sangat pun), sebab aku tak nak banyak tepung. Biar lembik sikit takpe. Siap gaul-gaul semua sebati, aku jemput sikit, aku gentel sampai jadi bulat-bulat kecik-kecik. Aww, cute!

Jap, biar aku kasi tau satu rahsia. Nak bentuk jadi ring cam yang orang selalu buat tu pun aku tak tau.. boleh lak aku tanya Awah yang tengah tido tu cane nak bentuk kuih keria. Mujur la adik yang sorang ni pernah amik teknologi katering masa sekolah menengah dulu. Sambil uli, gentel dan bentuk, mata aku dok ralit tengok TV. Tau-tau je dah abis adunan tu aku kerjakan. Seriously, belum pernah lagi aku tekun cani.. jom tengok hasil kerja aku yang mentah ni.


Jangan tertipu, pinggan makan tu kecik je. Kat bawah pinggan tu ada satu bekas yang aku dah isi penuh dengan kuih keria, untuk simpan dalam peti ais. Yang dalam pinggan ni aku goreng. Bukan apa, tak tau la bape mulut yang nak rasa nanti, sebab belum pasti kuih ni menjadi. Masa ni En. Suami dah sampai rumah. Selalu dia akan minta air panas tapi disebabkan nampak kuih yang separuh menjadi ni, dia simpan perut dulu. Aku pun mula la menggoreng.. tamak punya pasal, aku masuk abis semua yang dalam pinggan tu untuk sekali goreng. Pemalas punya orang!


Yang putih-putih tu tepung masa nak susun atas pinggan tadi, sebab tak nak melekat. Abis semua aku humban sekali goreng, terer betul la! Agak leceh sikit goreng adunan yang aku buat sebab aku tak pakai banyak tepung, jadi masa nak balik-balikkan tu memang ada yang macam pecah sikit. Tapi tu semua tak jadi masalah untuk aku yang tengah berkobar-kobar nak masak untuk En. Suami ni. Siap aku hangitkan sikit (untuk aku, sebab aku suka bahagian yang hangit tu, ada manis dan pahit. Jangan tanya kenapa, aku tatau). Bentuk kuih tu memang la sangat tak cantiknye.. dengan tak heran aku buat tak nampak je.


Nampak tak yang macam hangit tu? Wow, terliur aku tengok. Tunggu sikit lagi, konpem la garing dan rangup. Bukan aku je excited, anak kat dalam ni pun ikut teruja sama. Mundar-mandir aku menunggu siap kuih ni digoreng. Elok je angkat, En. Suami pun menjengah. Dia siap cakap lagi, tak payah letak gula pun takpe. Tak sabar la tu! Hik hik hik!! But I insisted untuk siapkan full version of the delicacies. Aku panaskan gula, letak air sikit.. tunggu sampai gula tu cair, lepas tu likat sikit, terus aku masukkan kuih yang dah siap goreng ni. Masa ni aku cepat-cepat matikan api. Agak susah sikit nak balik-balikkan sebab aku guna periuk. Tapi tak jadi masalah, sebab kuih aku dah nampak nak menjadi. Chewah!!


Aku rasa excited sangat! Akhirnya dapat jugak En. Suami merasa apa yang dia nak makan sangat tu. Dan aku mesti berterima kasih kepada En. Suami. Kalau tak disebabkan tekak tradisional dia, tak la aku belajar buat kuih ni (walaupun kuih ni feveret aku). Maka kesimpulannya, ni la minum petang kami. Awah pun ikut merasa sama. Dea je yang tak sentuh, sebab terlampau penuh perut (keluar makan dengan Sri sebelum tu). 


Kopi pekat untuk En. Suami, air masak untuk aku, kuih sepinggan. Kaler kuih tu nampak tak menarik sangat kan? Tapi tu la kesukaan aku.. so, till then..