Isnin, 12 Mei 2014

TakNakMengaku

May 12, 2014

At last sampai jugak dokumen yang perlu untuk urus pembayaran makan kursus tu.
Memang la macam yang orang dah cakap, mulut longkang, kalau bercakap takde yang elok.
Dah tau sendiri salah, lagi nak tunding jari kat orang lain.
Depan in charge aku boleh la kau goreng.. orang tu lembut.
Eh, nape tak panggil aku sekali tadi?
Kan senang ko nak 'sekolah' kan kitorang ni ha.
Tentu-tentu sangat kitorang ni tak pandai buat kerja, tak macam ko.
Satu opis memang masak dengan perangai aku, tapi habis busuk pun aku tak main la lempar batu sembunyi tangan.. tu BACUL nama nye!
Mende dah jadi cani, amik la salah sorang sikit.
Pe ko malaikat ke?

P/s: Seriously ni first time aku jumpa orang macam ko.. perangai cam haram!

AkhirnyaSatuEntryGak

May 12, 2014

Semalam tak semena-mena Safiyyah demam. Takde angin, takde ribut okeh? Aku jadi pening sorang-sorang. Anak aku bukan pattern merengek time demam, tapi kena ready la En Noor makan nasi tapau or aku simply rebus ayam kosong untuk makan dengan bubur kosong. Kejam tak? Tu penangan Safiyyah bila demam, nak mengempeng dekat aku 24 jam. Sampai lapar aku dibuatnya. 

Anyway aku nak up story pasal big boss baru kat tempat aku ni. Since dia bukan la asing sangat kat tempat ni (dia adalah one of the founder untuk Makmal Forensik ni), so kedatangan dia bukan la something yang luar biasa. Jumaat last week, kitorang buat hi-tea untuk welcome big boss aku ni. Jangan main-main ye, bos ni bukan jenis lapik punya, sekali dia sound orang pergh mau berdengung! Memang yang sorang ni stok takde ampun punya!

Aku tak banyak amik gambar.. takde mood sebenarnya. Kepala berat, hidung gatal.. so apa yang ada ni je la ye..


Kakak-kakak ni antara yang semeja dengan aku. Since aku masuk pun dah lambat, and aku memang lone-ranger, selamba lembu je aku duduk kat table ni. Tah sape punya seat aku rembat pun aku tak tau.


Ni orang sebelah kanan aku. Yang membelakangkan kamera ni akak yang baru masuk office aku. Yang ala-ala nak tido tu Ellie, from D13. Diorang ni jemputan untuk memeriahkan majlis la. Sebabnya, sebelum D13 diwujudkan, unit tu adalah sebahagian dari D10, and bos dia adalah bos baru aku ni.


Nampak yang kat pentas tu? Yang pandang straight ke kamera tu la bos aku. Sebelah kanan dia  yang pakai spek mata tu bos officer in charge aku. Yang sebelah kiri bos besar aku tu la KPP D13, who were once anak buah big boss aku jugak. Ah ye, aku jahat sikit ni.. yang dok bersandar peluk tubuh tu dijemput bagi ucapan aluan for around 2 minutes, tapi ended up bagi speech sampai 10-12 minit. Selamba je big boss aku 'tepek' dia kat dalam ucapan, "kita bagi dia buat ucapan aluan 2 minit, tapi dia melalut sampai 20 minit." Pergh, pedas!


Sekitar hi-tea petang tu. Menu adalah mee bandung (aku dah rasa nak terduduk.. takde ke substitute untuk mee like kueytoew ke, please? Kang aku ke'angin'an lak kang), kuih-kuih dan air.


Lagi di sekitar majlis..


Ni nama nye amik kesempatan. Aku minta tolong snap gambar KPP baru, dia siap selfie dulu. Hampeh!


Hah, yang ni KPP baru a.k.a. big boss baru aku. Nama dia Muhammad. Malas la nak mention rank, nanti tak sehari dua naik pangkat, naik rank lagi. Korang gak yang konpius.


Ready okeh, time ni la dia nak sound tepek kat orang yang aku cakap tadi. Bahaya orang tua ni.


Dia bukan la pattern yang pandai berucap. Even ko dah bagi teks pun, still dia kekok. Hmm.. takpe, kasi dia lagi 2-3 bulan. Nanti dia dah pandai berucap, ko lak yang tak lalu nak dengar.




Makan time!! Laju aje semua orang okeh.. padahal makanan banyak. Bukan banyak pun yang nak kena beratur amik makanan..


Bila time makan, takde yang tak larat or OKU ye.. semua dengan gagah perkasa beratur melakukan serangan.


Kemain lagi ye, dia dulu yang sampai untuk karok! Tapi bisa diampunkan, lagu feberet aku, Alleycats - Gerimis Senja. 


Jaga ye pak incik, lari tempo sudah! Jangan tarik lebey-lebey, nanti ter'kincit'!


Eh eh eh.. ni asal lak belek-belek buku semacam neh? Jangan dibuat, tuan.. kang kita semua tak balik kang!


Pemanis mulut. Kuih hijau kegemaran En Noor (aku tak tau nama) and dua lagi kuih yang opkos aku memang tak tau nama. Yang pasti memang manis berlemak disukai ramai.


Memang makan berat okeh. Dah hentam mee bandung, amik pulak roti jala (kari ayam superb and pemurah gile okeh!).


A'ah la.. memang betul dia nak menyanyi rupanya! Hadoi la!!


 Ni dok renyih depan aku neh nape kak? Nak tunggu turn nyanyi ke?


Sekali betul Rohani memang nak menyanyi jugak. Pergh, lagu memang tak agak-agak, Uji Rashid sesaje!


Eleh, Wan Rahman beria benar nengok aku pegang kamera. Nak sangat la aku amik video dia nyanyi.. sila, sila kan la. Aku bukan takat amik video je, aku nak upload sekali. Ngahahahaha. Since blogspot ni asik la meragam, nanti bila aku dapat upload memang femes la Wan Rahman ye. 

Takat ni je la aku merepek. Pagi-pagi Isnin yang indah ni, kalau leka sangat dengan keceriaan sendiri, akan ada yang BIRU MATA HITAM KU.. hahaha. Adieu.

Khamis, 8 Mei 2014

PagiYangCeria..Eh,Otromen?

May 8, 2014

Safiyyah batuk pulak dah. Kemain lagi sihat sejak balik dari kampung, alih-alih semalam batuk pulak. Siap muntah dalam tido lagi kat umah pengasuh dia. Abis katil anak dara orang tu bau muntah Safiyyah. Sorry, kak.. ngeh ngeh ngeh. Tapi mujur benar la kali ni akak tu tak panik lagi bila Safiyyah muntah dalam tido. Kalau dulu, sampai aku pulak terfikir, ni sape sebenarnye mak si Piah neh, aku ke ko kak? =P

Rupanya muntah tu jadik gak kat rumah, sekali sebelum keluar cari barang rumah malam tadi, sekali lagi pukul 4 pagi tadi. Punya la slumber land je anak aku neh, elok dah abis muntah, dia minum air dalam botol yang aku hulur, then siap cari tempat lain park bontot baik punya! Mujur gak dia tak jenis melalak. Kalau tak, haru satu blok tu dengar anak aku mengongoi. Harus korang tak tido malam!

Pagi ni mood baik je anak-beranak, siap menggedik kat En Noor lagi. Jangan memain ko, dibuatnye orang tua tu naik sheikh, mau ko half day lak. Elok aku ngan En Noor siap, si Safiyyah takmo bangun lagi. Oh, ko dah puas muntah pastu sedap tido lagi ye? Kejut pun siap nangis eh? Siap ko!

Aku cempung Safiyyah, masuk ke bilik air siapkan air mandi dia. En Noor tak cakap apa, sibuk dok goreng daging burger untuk breakfast. Elok air mandi siap, mata Safiyyah pun dah buntang. Eh, reti pulak bangun? Aku ingat tadi nak celup-celup je ko kat dalam air mandi tu pastu tos bagi kering, balut cantik-cantik then hantar gi umah mama ko je. Boleh?

Alkisahnya malam tadi aku ditarbiyah dek En Noor sal kes kelmarin. Eh, tak abis lagi? Takde makna nye nak abis okeh. Sok kalau yang dah puas shopping kat Kelantan tu balik, ko dengar lagi kes ni dorang ungkit. KAMBING BETUL! Tapi bukan itu jua la yang disyarahkan dek En Noor pada aku, melainkan memerintahkan aku supaya BERSABAR, BERSABAR & BERSABAR juga adanya. Katanya, "kat mana-mana pun memang ada orang pesen (fashion) ni". 2 jam kena tarbiyah, redho la aku untuk bersabar akhirnya.

Maka pagi ni dengan berkobar-kobar untuk taat perintah suami, aku bangun dalam keadaan yang langsung tak BERMINAT nak stress. Siap boleh main sorok-sorok sebelum keluar rumah tadi. Tapi dah nama pun mak orang, ada je la yang aku leterkan kat Safiyyah ngan En Noor. Bila aku cakap ringkas, En Noor siap api-apikan aku suruh berleter. "Kalau awak tak berleter, nanti awak tak sihat. Kang tak pasal-pasal ada yang pakai topeng Otromen lagi". Eh, ko nak sangat ke aku pakai topeng Otromen kat tepi jalan tu, bang?


Disebabkan aku tak boleh blah dengar perumpamaan En Noor kepada aku, maka sampai la aku ke office dengan penuh ceria dan jayanya di pagi hari. Oleh yang demikian, aku dedikasikan gambar ni untuk En Noor, semoga dia ceria bila tengok bini dia bertukar jadi Otromen bila-bila masa yang dikehendaki.

p/s: gambar ni pernah menyebabkan orang tak boleh buat kerja. Kalau korang sebahagian daripada komuniti yang dimaksudkan, sila stop baca sekarang dan mulakan kerja anda. Sekian.

Rabu, 7 Mei 2014

BolehEhMacamTu?

May 7, 2014

STRESS
Last week aku ke klinik sebab gastrik. Aku kalau boleh malas nak pergi klinik, nak pulak klinik yang aku frequent ni, doktor dia ramah okeh. Masa aku toleh sekilas kat kerusi waiting patients sebelum masuk bilik doktor, tinggal dua orang. Masa keluar semula, aku terkejut tengok semua seat penuh. Punya la lama aku menunggu. Siap ada patient yang jeling kat aku sebab lama sangat. Eh?

Aku terangkan pada doktor yang aku jaga meal time, jaga meal type, and dah lama sangat aku tak gastrik. Jadi bila aku dok pedih ulu hati ni, tak seronok la. Means aku dah mula nak gastrik balik. Aku ni bila dah mula gastrik, sakit tu akan on off untuk satu jangka masa yang aku pun tak konpem berapa lama. Tapi yang pasti memang makan ongkos la.

Doktor cakap yang aku ni stress. Ha? What the fish? If semua trigger aku dah jaga baik-baik, satu je la yang boleh jadi punca gastrik ni, STRESS. Eh? Bila kala pulak la aku stress? Bukan semua nampak elok je ke? Gelak doktor tu dengar soalan aku. Dia cakap, banyak kes sekarang ni yang orang tak sedar yang dia tu dah berada dalam keadaan stress. Mungkin tak stress perasaan, tapi pada tubuh badan? Okay, whatever.

Meh kita balik semula ke hari ni. Aku datang kerja dalam keadaan blur (sebab demam still belum kebah), and aku datang dalam keadaan yang tak seronok. In other words, AKU STRESS! Ha, ini kali la baru betul. Aku stress sebab baru sekali ni je la aku tak jawab call (ada orang jawab call dalam tido ke? Cer korang kabor kat aku neh) and aku MC sebab sakit, bukan suka-suka.

Aku JUGAK stress sebab kalau nak diikutkan ada penyelesaian untuk semua masalah yang timbul kat tempat kerja ni. Alangkan nak buat jamuan perpisahan untuk bos-bos besar boleh je cari jalan untuk dapat bajet (walaupun last minute punya kerja), jangan la cakap yang kau tak boleh nak cari solution untuk situasi haru-biru macam semalam. Tolong la! Ko polis, takde alasan ye!!

SOLUTION
Kan aku dah cakap, bila ada masalah timbul je kat opis ni, mesti ada cara nak selesaikan. Kita ni manusia okeh, ada masa kita buat salah. So jangan la kalut macam masalah ni dah menyebabkan dunia ko dah berakhir. Aku call CC Raja kat D1, tanya macam mana nak selesaikan hal ni. Dia dah terangkan satu persatu apa yang patut aku buat. Bila aku tanya boleh ke selesai isu ni, dia sendiri admit yang kes macam ni dah beratus-ratus kali jadi. Means bukan setakat aku je, ramai lagi yang dah alami keadaan ni. See?

Antara punca kenapa aku macam LEMBAB ya amat last week bab nak siapkan kerja, adalah disebabkan toner printer aku ni dah hidup segan mati tak nak. Boleh je nak ke hulu ke hilir, tapi bila aku ke admin untuk tumpang print surat, aku dah kacau orang lain nak buat kerja. Sekarang ni komputer kat atas tu dah penuh, and sentiasa ada kerja untuk dibuat. Aku dah maklum pada orang IT untuk replace toner baru tapi cam biasa la, diorang sibuk kan? So aku yang FREE ni, SHUT YER MOUTH okeh!

Alih-alih pagi ni boleh pulak datang orang nye untuk replace toner. And selesai lagi satu hal. See, kalau la dari last week orang latihan info aku supaya proceed dengan quotation yang sedia ada, aku takkan tunggu macam orang bodoh. Habis lewat pun, by today LO dah boleh keluar. And if last week jugak orang IT datang replace toner, aku takkan menggelisah macam ayam kena sampar nak siapkan kerja. And if, and if, and if.. tapi semuanya dah jadi. Redha je la. 

FACE TO FACE
Terbantut sekejap nak update blog, kena panggil mengadap officer in charge. Dia terangkan yang kes semalam akan ada implikasi yang panjang dan berat kalau tak diselesaikan dengan BERHEMAH (aku kena guna perkataan ni supaya pendek sikit). Yang buat aku panas hati, kerani and anggota yang dah ke Kelantan tu bukan main lagi menyalahkan aku. 

HELLO!!!

Kalau tak disebabkan kau datang hantar dokumen tak lengkap and aku minta kau contact semula pembekal untuk hantar semula quotation yang baru by air mail, of which aku tak terima khabar lagi dah dari 23/04/2014 sampai la semalam, aku DAH LAMA SELESAIKAN DOCUMENTATION. Sekarang kau nak salahkan aku? Internal investigation, orang akan salahkan aku. Tapi yang buat rules bukan internal personnel okeh. Kalau kena audit, sah-sah kau yang dipersalahkan. Dah tentu-tentu LO takde dalam tangan, gatal jugak nak jalan kursus. Padahal korang sebenarnya gedik habis nak berjimba shopping kat Kelantan tu kan? Kat sini korang tinggal taik je!

Aku tak nak fikir panjang. Yang mana ada kat tangan ni aku selesaikan. Tapi aku tak kan bertolak ansur lagi dah lepas ni. And korang, kalau lepas ni audit datang, korang jawab la. Aku tak salah sepenuhnya.. 

Selasa, 6 Mei 2014

BadHairDay

May 6, 2014

Aku sampai dari kampung lewat tengah malam, nak komplen pun tak boleh sebab tumpang orang. Anak aku meragam sampai pukul 2 pagi, layankan le kerenah dia. Bangun pagi tadi, aku sakit belakang, tekak perit, and aku jalan pun dah macam orang mabuk. So aku minta En Noor hantar aku pergi kerja, sebab dia cuti. Mistake number 1: dah ganggu hari cuti suami. Dia tak merungut, tapi aku rasa guilty.

Dalam pukul 4 lebih petang semalam aku dapat call tanya sal LO. Aku lupa langsung! Kalau awal sikit aku dapat call tu, InsyaAllah sempat aku call officer in charge nak maklum situasi and mintak tolong forward surat. Mistake number 2: tak menggunakan kemudahan SMS or WhatsApp untuk selesai isu. Ko keje dengan polis, takde alasan.

Hari ni aku masuk office, print out semua surat untuk minta pegawai sign, pass pada PA dia and aku balik. Aku maklum yang aku tak sihat. Urusan surat tu aku dah pesan pada despatch and kerani lain. Nak print out surat pun aku kena naik ke admin padahal dah seminggu aku minta orang yang sepatutnya replace toner baru. Mistake number 3: tak inform officer in charge yang aku mungkin MC hari ni.

Aku tunggu 3 jam di klinik yang selalu aku pergi, dengan makluman yang ada 8 patient sebelum doktor jumpa aku. It's okay, aku nak minum jap, dari bangun sampai dah nak pukul 9 pagi aku belum alas perut. In the end, aku found out yang ada sorang lagi patient queue sebelum turn aku. Masa tu dah pukul 12 tengah hari. Aku letak nama pukul 9 lebih. Whole body is aching. Aku blah and masuk klinik lain. By the time aku amik ubat, orang dah keluar lunch. Aku balik, telan ubat and doze off. Mistake number 4: tak inform officer in charge yang aku MC hari ni.

And officer in charge aku masuk opis agaknya, kena serang bertalu (dengan D1 maybe), call and aku tak sedar. So skang cara dia WhatsApp aku ni macam aku nak lari dari kerja. Orang dari bahagian latihan tak mengaku itu salah diorang. And aku pun tak tuduh, cuma mistakes happened every now and then. Yang Bukit Aman pun masa ni la nak buat perangai macam haram, padahal banyak kali diorang buat taik, aku diamkan je.

I'm sick and I don't care korang nak kata apa. Let me rest, sok korang nak perkuda aku pun InsyaAllah aku tak bising.

Khamis, 24 April 2014

AdakahKorangPunSama?

April 23, 2014

Aku sekarang dilanda kegilaan terhadap sesuatu. Tapi aku yakin yang kegilaan ni bukan hanya pada aku je, mesti ada lagi.. 


Korang pun sama ke?