Selasa, 23 Oktober 2012

FarewellParty

October 22, 2012

Hari ni agak kurang mood nak menulis sebenarnya tapi kugagahkan jugak hati ni. Bukan apa, pagi tadi ada majlis perpisahan bos besar bahagian aku, cuma majlis ni bukan majlis formal. Jadi semua orang boleh la tawa dalam tangisan. Yang paling best, semua orang dah kenal pengganti bos aku kecuali aku sorang je. Nampak sangat la aku ni duduk bawah gelas. Anyway, since aku tak cukup rehat (si kecik kat dalam ni menari-nari dari malam tadi), so malas nak tulis panjang-panjang. Pe kata kita usha je gamba yang aku sempat amik sepanjang event tu..


Testing kamera.. sebab kak Yati tengah pakai kamera kecik, maka aku terpaksa la mengorek semula kamera besar yang dah jadi pengutip habuk. Setting semua dah lari, aku pun dah lupa macam-macam. Tapi semua tu tak boleh compare ngan MC bidan terjun majlis perpisahan bos aku tu.. tengok Fiza fokus gile.. mandur kat sebelah dia je yang sempat nak menyengih kat aku.


Aku bukan photograper rasmi majlis ni.. tapi disebabkan aku memang suka-suka mengambil gambar untuk simpanan blog sendiri, maka kuah nasi dagang pun menjadi sebahagian subjek. Nampak runny je kuah tu kan? Tapi serius wei, memang sedap (untuk aku yang bukan tukang masak ni la). 


Kata dah memang wajib dalam majlis yang ada makan-makan kena ada buah, maka korang tengok sendiri choices of fruit untuk majlis kali ni. Aku memang tak sabar gila nak tunjuk gambar buah yang diorang semua pilih untuk majlis ni kat En. Suami. Memang 'panas' la ati dia.. dah larang banyak kali tapi aku makan gak. Abih, dah depan mata.. sape la yang nak jadi bijak menolak kan?


Aku suka kuih ni sebab dia lembut, ada banyak bijan. Tapi selalunya tak pernah pun aku makan lebih dari sekeping. Orang panggil bahulu kemboja kan?


Kelihatannya aku sedang sibuk menceritakan sesuatu.. pada bos aku. Mandur kat belakang tu pulak tengah sibuk panggil semua orang yang sepatutnya attend, supaya cepat-cepat masuk dewan. Masa ni En. Tumirin sedang sibuk test kamera aku yang sebelum neh kelihatannya tergeletak kat atas meja tu..


Mandur majlis diperhatikan oleh tokeh katering (atau tokeh katering perhatikan photographer?). Isk, konpius!


Perbincangan di antara penduduk Bandar Akademia.. jangan main-main okeh, semua dok banglo tu! Korang ada?
In photo: kuih karipap, roti jala & kari ayam, bahulu kemboja, teh tarik..


Tokeh katering sedang memerhatikan anak buah dia buat keje sambil curi tulang. Yang tengah berdiri tegak nyanyi lagu Negaraku tu assistant dia. Kat dalam sana, En. Wan, sous chef untuk majlis ari ni. Teh tarik yang korang tengok kat atas tadi tu air tangan dia la. Abis la semua orang..


MC bidan terjun tak abis lagi tulis teks.. kak Nor perhati je (sambil bisik-bisik dalam ati - lega aku tak kene jadi MC).


Nampak cam puas ati je.. sesuai sangat dah la tu.. cuba korang tengok, semua orang pakat jadi model Fresh & White depan kamera aku..


Perbincangan produk kecantikan. Nanti aku update produk pe yang diorang tengah dok borak sakan tu. Tapi nampak sedondon je semua orang ari ni kan? Ever Green..
Ah ye kawan-kawan yang membaca neh, mereka berdua ni jugak berjiran kat Bandar Akademia.. sekali lagi nak tanya, korang ada? Ha ha ha ha..


Sous chef amik kesempatan bergambar dengan mandur.. 


Sous chef dengan hidangan masakan orang lain.. (dia tolong peraga je)..


Yang tengah pegang kamera tu la photographer rasmi, En. Tumirin. Aku cuma tukang sibuk je..


Yang perempuan, dari kiri, Sjn Asikin, Insp Rohana & Sjn Hashimah. Yang lelaki dari kiri, DSP Rotzarn, ASP Abdul Aziz & SM Zul Becker.


Okeh, start dari kiri ye.. Kak Nani (korang dah jumpa dalam entri sebelum ni), Siti Ayum & Insp Ayuni (geng pregnen aku).


Aku suka bila amik gamba Kak Shimah, senyum kemain lebar lagi.. cik kak sebelah dia tu nak kena tongkat mata ngan lidi mancis baru nampak skit.


Oh, ketemu jugak kalian ngan wakil transportation unit. From left: Fahrul, Azam (dia sorang je bukan transportation member), Zaki (husband mandur), Omar Hazari & Insp Khidir.


Ini kalau la aku pos kat Abg Mie, abis la.. hik hik hik (tawa-tawa 'nates')


Diorang ni memang rajin betul tukar tempat duduk. Tadi sebelah sini, skang sebelah sana. 


The celebrated man, ACP Nor Azizan Anan..


Amik tempat duduk masing-masing ye. Sila cepat sikit, kita nak mula majlis dah ni (a.k.a. semua orang dah nyanyi lagu keroncong). Ha, sebelah kanan tu la pengganti bos baru aku, nama dia ACP Mohd Akhir. Jap, sebelah kiri tu Supt Rohila..


Kat main table..


Sepatah dua kata.. jangan usha lama-lama okeh. Meleleh air mata nanti..


Souvenir - kereta antik. Agak-agak korang bape lama nak sampai dari KL ke JB?


Tuan kat belakang tu nampak sedih je.. sian dia.


Unit kitorang je dah sampai dua hadiah..


Wakil transport pun ada bagi hadiah gak. Buku log kot?


Ni yang paling 'jaki' aku usha. SM Becker bagi hadiah kemain lagi besar gadang..


Ha, ini le waktu yang paling dinanti-nantikan. Makan time! Laju je semua orang meluru kat makanan.






Unit 'rewang'..


Mengemas adalah sesuatu yang paling renyah sekali. Sejuta penghargaan kepada wakil-wakil rewang kita yang sudi mengerah tenaga untuk membersihkan semula kawasan dewan.


Besar kan? Nak kenal?
Barisan hadapan dari kiri: Insp Khidhir, ASP Abd Aziz, Supt Rohila, ACP Nor Azizan, Insp Rohana, Insp Ayuni, SM Rahim.
Barisan tengah dari kiri: Sjn Hashimah, Rohani Wahid, Mardhiyyah Fadzil, Siti Ayum Mustapha, Rusnani Salleh, Rusnah Darwis, Noor Hayati Ismail, Shurbani Che Mat, Noor Hafizah Ishak, Wife En. Noor, Faraziana Misnan, Nooriani Mohamed Shair, Sjn Norasikin.
Belakang dari kiri: Mohd Rizal Mohd Noor, Faridzul Azamuddin Kamarulzaman, L/Kpl/S Faharul Nazrey, Sjn Mat Arifin, Sjn Ghazali, Kpl Samsuri, SM Zulkepli, Kons Omar, L/Kpl/S Zaki, Kpl Wan Abd Rahman.

Anyway setakat ni je la aku boleh tulis. Dah tak larat nak tulis panjang-panjang. Baby keeps on kicking (uiks, really active!) so memang betul-betul kene stop. Till then..

Selasa, 16 Oktober 2012

KursusAsasBayaranBil2

Tempoh: 3 - 6 Oktober 2012
Penyertaan: Ramai (mostly dari Unit Gaji tapi ada juga dari bahagian-bahagian lain yang aku belum pernah jumpa sebelum neh).

Maka kisahnya begini.. pada minggu sebelum tu, aku kene masuk mesyuarat menggantikan pegawai yang tengah bercuti kecemasan (nape aku yang kena ganti, jangan tanya. Sentap!). Jadi dah alang-alang aku sampai ke HQ, ada la member aku yang sama-sama satu batch masa pengambilan masuk keje dulu offer gi kursus skali ngan dia. Pendekkan cerita, aku terima offer tu, dan pada 3 Oktober 2012, aku menuju ke Akademi Audit Negara di Bandar Enstek, Nilai. Short journey je, tapi disebabkan aku ni tak pernah lagi sampai ke Nilai tu, memang macam ehem ehem la meng'usha' keliling.

Pendekkan lagi cerita. Masa aku call sebelum tu untuk sahkan kedatangan, aku tanya sekali lagi tentang penginapan. Cerita yang aku dapat, semua peserta menginap kat hostel. Diulang sekali lagi, di hostel. Jadi bila aku sampai, maka aku membuat la permintaan mengada-ngada kat urusetia kursus untuk ditempatkan sebilik dengan member aku tadi (dah banyak kali dia mintak sebilik, sebab takut tidur sorang). Urusetia yang bertugas maklumkan yang peserta ditempatkan sebilik seorang. Kenapa? Jom tengok..


Ni adalah keadaan rupa di bilik penginapan aku. Masa nak daftar masuk, aku kene amik remote control untuk air-cond & TV. Gambar atas ni di sebelah kanan dari pintu masuk ke bilik.
 

Ini la rupa bilik aku bila aku buka je pintu tu. Ehem, lupa nak mention, pintu tak pakai anak kunci okeh. Key card only! Jangan jeles okeh, air-cond sorang sebijik. Amik situ! Siap telefon, lampu tidur, tuala sorang satu (ditukar setiap hari).


Nampak clear tak? Ignore je la mak buyung yang tengah snap gamba tu. Ignore jugak baju yang tersangkut kat kerusi. Ada penyangkut tuala, TV, mini freezer (dalam kabinet alas TV tu), meja solek gedang untuk sorang pakai, cermin yang siap boleh tunjuk keliling..


Ni lagi satu kemudahan yang ada kat bilik tu. Siaran yang available, TV1, TV2, TV3, ESPN, Fox Movies, BBC News, TV Al-Hijrah, TV8, TV9. So sambil nak melelapkan mata, aku tengok movie. Mostly free time pun cuma ada berita, so itu pun jadi santapan mata la.


Sorang satu almari (built-in wardrobe), sorang satu sofa. Yang kaler putih tu telekung aku. Anyway sejadah & Surah Yasin dibekalkan di setiap bilik. Sebelah kanan gambar tu pintu ke tandas, as well as next room. Konsep kat sini, shared bathroom, tapi bilik tidur sesorang.

Perhati gambar kat atas ni baik-baik. Ada yang menarik perhatian korang?

Kemudahan ni (aku rasa la) digunakan untuk orang yang berkursus panjang kat sini. Sometimes orang malas nak bawa merata handbag mahal-mahal or barang-barang berharga, so kat sini la tempatnya. Setiap bilik ada satu. PIN set sendiri, ada instruction kat pintu safety box tu.


Ini la yang aku cakap tadi.. ada sejadah dan Surah Yasin disediakan di setiap bilik. Kat dalam gambar tu boleh nampak pihak penyelia hostel sediakan sekali waktu solat..

Masa mula-mula nak bersiap, terfikir gak nak bawak iron tapi disebabkan tak larat nak angkat beg berat-berat, tawakkal je la bawa baju yang tak payah iron. Rupanya disediakan iron, ironing board, jug kettle, cawan, 3-in-1 drinks.. 

The only kemudahan yang aku takmo amik gambar adalah toilet.. kelengkapan dalam toilet tu is up to the grade. Siap ada water heater lagi. Cuma disebabkan aku tak pernah ada mende alah tu, tak reti pakai pun, semedang nye aku mandi air sejuk. Sebab tu la pagi-pagi mata aku buntang je.

Gambar sepanjang kursus aku tak amik sebab sibuk sangat mendengar syarahan. Serius, ni bukan main-main. Walaupun aku tak buat bayaran, aku orang tengah yang memproses permohonan.. jadi aku nak tau banyak mende dari mula sampai habis. Tapi petang ada aktiviti lain. Jom tengok kat bawah ni.










Gambar-gambar kat atas ni adalah jelas menerangkan aktiviti riadah pada petang 4 Oktober 2012. Aku tak terlibat disebabkan aku adalah 'pembawa' bersama-sama beberapa orang yang lain.. maka kami beramai-ramai direhatkan di bangku simpanan oleh pegawai penyelaras. Another reason, En. Suami melarang keras penglibatan aku dalam aktiviti kesukanan sepanjang tempoh 'pembawaan' ni. Jadi redha je la (padahal dalam hati, gedik-gedik nak ikut main sama). The next day aku tak turun sebab dikecualikan, tapi dengar cerita memang best la diorang semua main futsal.. jeles!


Malam penutup, semua orang tak fikir la akan ada event macam di bawah ni..


Urusetia tengah sibuk siapkan hadiah & cederamata untuk semua orang yang datang..


Kami semua penghuni meja hadapan. Buku tebal kat depan Ida adalah katalog lagu untuk aktiviti karaoke..
From left: watashi, kak Lin, Ida & Kak Mid.


Appetizer, mostly salad & fruits.. aku malas nak kejar sangat mende alah ni sebab paling ramai orang serbu bila mula je urusetia majlis umum boleh makan..


Di sekeliling dewan, yang ni aku rasa dari IPK.. tapi aku tak berapa ingat.. 


Yang dua orang sebelah kanan ni dari JSJK.. no doubt!

  
Senior aku dari JSJN & SB.. jangan pandang takde mata okeh. Masa diorang karaoke lagu Jeffrydin, siap ada penari twist lagi. Lagu orang lain mana ada! Yang kiri tudung pink tu dari BAKA.


Makan time! Aku rasa banyak nye bahagian dalam blog aku ni didedikasikan untuk makan la.. isk isk isk..


Yang ni bahagian pertama makanan aku.. sup krim cendawan, daging (yang ada mayonaise tu filet ikan, kiri dia daging kambing, atas tu daging lembu), nasi lemak ngan fries..


Yang ni pulak second part.. masa aku amik first round tadi dah tinggal ciput. Kebetulan masa aku balik dari tandas (sorry, time mengandung ni really shy bladder), aku nampak fries ni. Panas-panas lagi..

The most anticipated activity of the night: KARAOKE




Tetiba ada terselit gamba aku kat atas sana kan? Accidentally.. actually malam tu aku sangat aktif amik gamba even just guna kamera kecik. Tak sangka lak member sebelah tu boleh lupa lagu, dan aku yang tengah snap gamba dia jadi mangsa (kononnye la), jadi duet partner.. Ada gak gamba orang celebrate birthday.. sebab birthday diorang jatuh pada 4 Oktober..

Perasmian penutupan kursus disempurnakan oleh Ketua Penolong Pengarah Jabatan Logistik (Kewangan), ACP Azmi Kassim. Gambar tu cuma anggota dari D6 je yang amik. So setakat ni je la laporan aku. Tau nape aku letak gile banyak gamba? Saje nak kasi jeles.. hik hik hik. Mata ao..

Selasa, 2 Oktober 2012

MyPurpose

P.S.: Jika terperasan bahawa tatabahasa, nahu malahan gaya bahasa pada entry kali ini sangat skema dan bersopan, tidak lain dan tidak bukan hanyalah kerana aku berada dalam mood terapung-apung. Sila ambil maklum (jangan lak nanti ada yang terkujat sal baca entry aku yang penuh dengan kesopanan dan kesusilaan neh ye). Consider you've been warned. Eceh!!

Pada Sept. 28, 2012 lepas aku balik ke Johor. Sama cam dua minggu sebelum tu aku balik semata-mata nak sangat tengok muka En. Suami di samping aku teringin sangat nak makan roti canai kat favourite spot En. Suami kat Kampung Melayu sana, bezanya kali ni aku teringin sangat-sangat nak makan ABC kat Kampung Melayu gak. Aku cuma recall nama gerai tu as AZ ICE, yang lain-lain aku tak berapa nak ingat sangat la. Makanya bermula la journey aku ke Johor Jumaat yang penuh berkat tu.

Pagi-pagi tu dalam kol 10 semua orang kena masuk dewan sebab ada LDP dengan tajuk Pemakanan Sihat. Alamak, time aku nak makan ABC sangat-sangat ni la dia buat LDP (or actually, time nak ada LDP Pemakanan Sihat ni la aku teringin nak makan ABC tak? Confuse!), but anyway anyhow aku dengan patuh pada arahan terus je masuk dewan. Siap bersama Kak Yati dan Kak Sue duduk kat barisan depan lagi tu. Ada beran? Hik hik hik..

Selesai je LDP, aku masuk semula opis dan periksa semua kerja-kerja urgent yang perlu hantar pada hari tu. Selesai je, aku terus gerak ke TBS. Part ni aku cut short skit la, sebab aku nak cerita nape aku sampai awal kat TBS sana. Malam sebelum tu aku dok belek-belek organizer purse, jumpa la satu kupon Kenny Rogers Roasters. Ayam kat dalam gambar kupon tu nampak cam menarik je.. (terbang abis semua azam masa dengar LDP tadi). So aku order satu quarter meal set black pepper chicken dengan 3 sides, coleslaw (standard la aku makan mende neh), mac n cheese, ngan GP potato.


Dalam gambar tu cuma ada 2 sides je, sebab GP Potato tengah masak. Vanila Muffin pun tengah masak, so aku amik gambar makanan yang ada je. So pendekkan lagi cerita, lepas makan apa yang ada dalam gambar ni, aku minta adik FBA tu tapau je GP Potato, tambah satu mangkuk Coleslaw. Sementara tunggu turn naik bas, aku buat keje sikit. Disebabkan kat dalam tu sejuk kemain, aku minta satu Hot Chocolate. Ah, lupa lak.. air kat dalam gambar tu Mocktail: Triple Passion. Aku suka.. sebab ada mango + passion fruit + orange. A very mild and soothing taste..

Fast forward>>>
Disebabkan aku sampai malam, jadi niat nak makan ABC aku tangguh ke malam esoknye sebab badan dah mula rasa cam penat sangat. Baby pun tak berhenti buat action macam-macam kat dalam ni, so aku minta En. Suami bawak aku makan ABC malam esok je. Macam biasa, En. Suami memang tak kisah so kitorang terus je gerak keluar dari kawasan Larkin tu. Disebabkan aku puas makan Kenny Rogers sebelumnya (walaupun tak mengidam), malam tu aku tidur nyenyak. Boleh macam tu? Tak senonoh betul kan?

Next day, aku breakfast ala kadar je (takde selera langsung, nampak biskut kering pun dah okey la tu). Disebabkan En. Suami dah lembutkan udang sebelum pergi kerja, aku cuba la usha barang apa la yang ada kat dapur tu untuk aku regukan ngan udang. Mati kutu gak la, dah En. Suami dok bujang kat sini, mana ada rencah-rencah ngan rempah ratus sangat. Sudahnya aku masak udang goreng kari.. nanti-nanti la aku cerita cane aku buat lauk tu. Sayur lak, aku jumpa sawi balak kat dalam peti sejuk, so aku goreng kering je..tu je la lunch untuk aku ngan En. Suami. Malamnya seperti yang dijanjikan, En. Suami bawak aku makan ABC kat Kampung Melayu.


Ni gambar usha dari tepi. Standard la tu kan? Aku dapat dua scoop aiskrim, kacang yang main tabur je ngan bahan-bahan lain yang aku sendiri pun tak tau apa ke namanye.. cuba tengok chocolate sauce dia, aku usha orang tu buat, dia main picit je botol sos. Memang takde reserve langsung!! Mewah, mewah..


Ni view atas. Nape aku suka ABC ni? Ntah la.. kali pertama aku sampai JB, abang bawak aku makan kat Kampung Melayu. Macam-macam mende la yang aku rasa. Sate, roti canai, ABC.. kesimpulannya aku mengidam makanan yang aku rasa masa dating ngan abang pas kawin dulu. Cuma selalunya kalau aku pesan ABC memang jarang abis la. Mau terkedang gamaknya kalau aku abiskan sorang. Tapi kali ni aku cipta rekod, sepanjang abang jawab call masa makan, aku tunduk je mengadap ABC ni. Elok dia abis borak dengan kakak dia, aku pun abis makan. Terer tak aku? 

Fast forward lagi>>>
Next morning, aku ajak En. Suami gi Kampung Melayu lagi. Kali ni aku nak makan roti canai lak. Macam-macam pulak la kehendak aku time mengandung ni. Tak pernah-pernah aku buat perangai nak makan macam-macam. Dah tu, jauh-jauh jalan, bukan banyak pun aku makan. Masa order kemain lagi nak dua keping, abang order 3 keping untuk dia (jangan terkejut okeh, roti tu saiz kecik je), tapi masa makan aku cuma abiskan sekeping je. Lagi sekeping aku export negara jiran. Sian la kawan tu mengabiskan.. tengok?


Disebabkan tengah hari tu abang kene masuk keje jap, aku amik kesempatan rehat lebih-lebih (dengan penuh gedik-gedik dan mengada-ngada aku lepak). Petang tu aku masak ikan tamban goreng, pindang ikan tamban dengan sayur kailan belacan. Okay, I know, I know.. memang la nampak cam tak bape masuk sangat kailan belacan nak makan ngan pindang ikan tamban tapi aku teringin.. (sayur tu seriously nampak gemuk, segar lagi menyelerakan), sambil tunggu abang balik, nak minta abang buat sambal belacan.


Ni first time aku cuba masak pindang, so aku main letak je apa yang aku nampak cam betul. Lagipun malam sebelumnya abang dah bawak aku ronda kat pasar borong Pandan City, cari je lauk ngan sayur yang aku rasa nak makan. Mula-mula tak tau nak masak apa ikan tamban tu, tapi pas borak ngan mak, ada idea nak masak pindang. Resipi aku usha kat internet.. tak ingat la page dia. Lagipun En. Suami tak berapa gemar makan bergoreng, cuma rebus-rebus je untuk dia.


Memenuhi kehendak isteri dia yang mengidam nak makan sambal belacan (yang abang buat, okey. Takmo yang lain, nak yang abang buat gak), maka abang pas balik keje terus bakar belacan. Tengok tu, ngan pakai baju keje terus je masuk dapur. Sian suami aku, layan je la kerenah aku masa ngandung neh.


Tengok, siap ada api lagi. Terer tak? Petang tu abang buat 2 jenis sambal, satu yang ada bawang (sambal ketuk, cuma takde ikan bilis je), satu lagi sambal belacan aku. Lawan ngan timun. Wah, aku yang macam takde mood je nak makan tadi terus teringin nak makan. Rasa cam selera gile! En. Suami siap tambah nasi dua kali (lapar sebab baru balik keje). 

Sementara tu, biarla aku cerita aktiviti aku sambil menunggu abang siapkan sambal. Biasanya pagi-pagi dalam kol 6, abang akan buka pintu dapur untuk bagi anak-anak angkat dia makan. Petang lak depends pada time dia balik keje. Sometimes malam baru bagi makan. Memandangkan petang tu abang sibuk buat sambal untuk Salina, maka tugas aku lak adalah untuk feed all those 'neko'. Meow!!


Ni one of the neko. Dia baru lepas beranak, so dia selalu lapar sebab anak-anak semua menyusu badan. Sebelum ni bukan main takut lagi ngan aku, kali ni siap gesel-gesel badan kat pintu, minta makan. Hi hi..


Ni lagi sekor mak meow-meow. Perut dia tengah besar lagi, means dia belum bersalin. Tapi all the same, dia pun lapar gak. Pulak tu hujan lebat.. kita pun lapar masa hujan, apa lagi dia..


Malam sebelum tidur, aku teringin nak lepak kat porch sambil minum teh ngan abang. Sambil tu kitorang tengok album lama abang.. kelakar pun ada bila tengok gambar-gambar lama. Tapi lepak tak lama la, sebab sok pagi aku dah nak balik KL semula.. 

Conclusion
Semua purpose aku tercapai dalam journey kali ni. Next time abang lak naik sini..