Khamis, 18 Februari 2016

2016

February 18, 2016

Dah masuk bulan kedua untuk tahun ni, baru malam ni aku berkesempatan nak menjenguk blog sendiri. Tak ada cerita yang aku consider menarik untuk dikongsi, satu hal. Sibuk dengan jadual tak menentu semester ni, satu hal lagi. Kelas pulak sepadat-padat tidak, sampai aku pun naik confuse kenapa la semua orang berkejar sangat nak habiskan silibus. Baru bulan 2 kot.

Aku lupa something.

Semester ni kitorang akan mula klinikal. Unlike nursing program, kitorang banyak spend masa dengan theory, betul-betul faham konsep in detail baru la kitorang dilepaskan untuk pergi klinikal. Itu pun belum semua perkara yang kitorang betul-betul mahir. Masing-masing sampai sekarang ni berdebar-debar menunggu start klinikal. Aku pun tak terkecuali.

Masa kitorang nak cuti semester lepas, senarai posting untuk klinikal semester 4 belum keluar. Masing-masing pun angin tengah ribut, menyawan sebab result menggila jatuh merudum. Elok masuk je semester ni, keluar la senarai posting. Rezeki aku agaknya, posting aku kat sebelah kolej ni je. Hospital Sungai Buloh. Tempat yang memang setiap minggu aku jejak sebab nak makan kat kafe hospital (ubah angin.. asik makan kat kafe kolej je) and once a month ada gerai-gerai yang tumbuh melata menjual macam-macam benda. Jadi buat sementara ni aku tak pening kepala memikirkan macam mana aku nak balik weekend untuk jenguk anak. Rutin aku berjalan macam biasa. 

Baru sebulan lebih kan? Aku boleh recap lagi kot kejadian sepanjang tahun 2016 ni. Aku lapor diri hari Isnin 04/01/2016 dengan penuh jayanya, tanpa pening kepala. Semuanya berkat usaha gigih Jia Yi yang tolong isi borang untuk aku masuk asrama. Bila penyelia tanya untuk siapa borang yang dia isi, simple answer je yang dia bagi. Classmate yang KPSL. Terus penyelia tu tak tanya banyak, siap pass kunci kat Jia Yi. Aku yang konon-konon nak balik on the 31/12/2015 terus tunda perjalanan (eleh.. Cheras - Sungai Buloh je pun).

Bila aku nak masuk bilik, kunci yang aku dapat tak boleh nak buka pintu. Ntah apa la masalah kunci tu gamaknya. Beria okeh aku angkut beg segala bagai ke tingkat 3 tu ha. Kalau setakat semester 1 - 3 aku dok kat tingkat 3 memang la aku gelar pencapaian hatrick. Tapi bila semester 4 pun kau bagi aku tingkat 3, tu dah memang pajak jadinya. Aku boleh jadi penunggu aras dah.

Ada hikmahnya bila kunci tak boleh guna.. sebab aku dapat aras yang lebih rendah bila aku pergi tukar kunci. Aku tak tau siapa la roommate aku, just ingat-ingat lupa nama yang penyelia sebut kat aku. Masuk 3 minggu aku dok sorang kat bilik, semua budak kelas pakat bertanya aku dok ngan siapa. Sudahnya bila disiasat, orang yang patut jadi roommate aku terpaksa ulang semester (aku kenal budak tu.. tapi tak tau nama dia selama ni). So dia tinggal di blok lama aku.. sebab bila kitorang dah naik semester, kitorang dipindahkan ke blok baru.

Last semester aku sebilik dengan classmate tapi lebih nampak macam aku dok sorang sebab dia banyak berkampung kat bilik kawan. Semester ni pulak dah sah-sah aku memang duduk sorang sebab roommate aku pindah ke blok lama. So aku balik kelas hari-hari, melepak sambil menyangap. Bila ada kesedaran kendiri, aku pun buka buku (semester ni lagi banyak aku buka buku banding semester lepas. Serik!) and study neurology. Cukup time, tidur. Bangun, mandi, siap-siap, pergi kelas. Cukup seminggu, balik rumah jengah anak.

Rutin harian aku tahun ni tak berubah.. cuma pendekatan aku kali ni agak drastik sikit. Kalau dulu aku agak la prihatin dengan semua orang, kali ni aku mengambil pendekatan 'lantak situ' (bunyi kasar nye; pergi mampus). Sejak mengambil pendekatan yang lebih mudah dan sempoi ni, kebahagiaan aku bertambah-tambah. Aku tak lagi memikirkan kenapa la orang yang seangkatan dengan aku tak nak rapat mesra (baru la ada yang buka cerita kata diorang ni rasa tak boleh masuk dengan aku), aku tak lagi memikirkan macam mana nak win hati orang. Yang penting pada aku tahun ni, kerap-kerap balik jengah orang tua, bersenang hati dengan anak dan suami, menyenangi pelajaran aku. Tu je.

So kalau sebelum ni aku agak terasa bila ada yang buat perangai cakap belakang-belakang (aku ni bangsa cakap direct), now aku just lantakkan je. Mudah jugak rupanya. And one thing for sure, things you don't know won't hurt you. Aku dah ada proof.

Cuti Thaipusam aku spend kat KL je sebab mak dan abah datang untuk ambik NenoNeno bawak balik kampung. Punya la aku sentap bila mak mintak Kancil aku sebelum ni, sampai aku merajuk takmo bawak Kancil tu. Sedih sorang-sorang. Apa punya bengong la kepala aku ni. Hadoi la..

Cuti Raya Cina pulak aku balik ke kampung. Kisahnya macam ni. En. Noor memang dah jangka dia tak akan dapat cuti waktu nak menjelang Raya Cina sebab company dia memang time camni la busy ya amat. Aku kadang tu terpisat-pisat mata menjawab call bila dia habis keje.. sekali tengok jam, mak aih, dah nak pukul 2 pagi. Dia pun bunyi slow je dah. Dapat cakap sepatah dua, letak telefon and tido sebab nanti pukul 6 pagi masuk keje balik. Aku cadang nak cuti di JB je and spend time dengan dia. Selepas perbincangan yang panjang lebar berhari-hari, dia nasihatkan aku balik kampung je sebab dia mesti akan habis keje lewat, rugi cuti aku tak ke mana-mana.

Pro: Anak aku dapat spend time dengan Tok Wan dan Opah nye.. and aku pun relax sehabis-habis mungkin sebab masing-masing kalau boleh nak ambik turn uruskan Safiyyah. Time macam ni la aku nak tengok anak dara aku, Mak, Abah senyum lebar sebab asal je anak dara aku nampak Tok Wan, memang dia ajak naik motor pusing kampung. Mujur time Abah nak ke masjid Safiyyah faham.

Cons: Anak dengan Ibu sama-sama menyawan sebab rindu kat En. Noor (gedik betul bunyi nye tu). Maklum la, 3 minggu kot tak jumpa. Nak lagi menyirap, Benelux bagi cuti kat En. Noor sehari sebelum Raya Cina. Kalau aku kat Johor, memang siap la aku keje kan. En. Noor beria pujuk suruh sabar. Dah cuti pun sehari je, aku di utara dia di selatan.. takpe, takpe..

Ada hikmahnya jugak aku balik kampung. Demam mak yang tak kebah-kebah tu datang balik. Last day before aku balik KL, mak warded kat Hospital Selama. Runsing nye la hati. Tapi mak kata takde apa, aku kuatkan semangat balik (sepupu yang tolong drive sebab dia ingat aku tak larat nak drive.. plus makcik pakcik aku semua pakat risau kalau aku balik berdua je dengan Safiyyah). Before the week ends, mak discharged sebab semua lab test untuk sputum shows negative sign of TB.

Masa borak-borak dengan En. Noor hari tu ada la dia terlepas cakap nak beli telefon baru. Aku fikir-fikir balik, why not. Telefon dia yang sedia ada pun dah pecah skrin, and he never rewards himself. Kebetulan last week ada Bazaar EhEh kat MVEC MidValley, aku ajak dia pergi sebab nak beli slimming pills yang aku dok makan selama ni. Kalau beli online, takde discount. Kalau pergi kat booth, boleh tahan harga yang ko dapat..

And this time aku borak lebih panjang dengan Kak Di. The last time we met (first time actually, kat Pusat Kraf), dia agak tak suggest aku makan pil tu sebab aku ada gastrik. Tapi aku dah merasa untuk botol pertama sebelum tu lagi, badan rasa lebih ringan (aku tak nampak kurus pun) so aku decide untuk continue makan. Cuma as a precaution, aku make sure aku makan on time, and if aku rasa lapar, aku kudap-kudap biskut sikit-sikit buat alas perut.

Mak cakap leher aku nampak kecik sikit berbanding dulu. Takde la nampak aku ni ketara kurus, tapi Mak kata aku pakai baju nampak longgar sikit. Terus dicadang pada adik-adik aku untuk makan sama. Tak pasal-pasal bulan lepas aku purchase sampai 9 botol untuk adik-adik. Untuk diri sendiri, baru last week ada bajet untuk aku.

So aku update sikit-sikit la kat kakak tu pasal perkembangan aku menelan slimming pills dia. At least dia nampak lega.. aku pun sama (nak jugak kurang kan berat oi.. risau aku ni ha). Honestly Kak Di memang sempoi. Since aku beli 3 botol, dia bagi somekind like discount voucher untuk purchase any other product kat booth dia; jubah or blouse or shawls. Aku mana la beli benda-benda tu semua (rugi kot.. everyday aku pakai uniform. Jalan-jalan pun boleh kira dengan jari), so dia suggest aku pilih one of the shawl yang harga dalam RM19.

Aku cakap tak reti pakai.. dia demo kat aku TANG-TANG tu jugak. Now aku faham kenapa dia ramai followers, and aku faham kenapa dia very tough. Even dia baru kali kedua jumpa aku (and aku jamin dia tak ingat kali pertama.. serius, followers dia ramai gila), tapi dia selamba je layan aku macam aku dah geng lama ngan dia. Thank you Kak Di.

Selepas selesai kat bazaar tu la kitorang mengempiskan lagi poket En. Noor, menyinggah kat Sony Centre. Penyudahnya, tercapai la hajat di hati. Balik tu, singgah kat AEON Big Bandar Tun Hussein Onn, sebab anak dara nak makan ayam goreng. Another goal accomplished.. En. Noor dapat celebrate birthday Safiyyah (aku dah celebrate the day before). So setakat perjalanan tahun 2016 sampai hari ni, syukur dengan segala rezeki kurniaan Allah..

Nanti-nanti aku up entry birthday anak dara pulak.. serius, aku tak percaya anak aku dah 3 tahun..

Till then..