Isnin, 29 November 2021

Shopping

 Isnin, November 29, 2021

Blog aku ni kadang-kadang je update. Nak tulis banyak-banyak pun kadang aku tak sempat. Kali ni aku nak simpan sikit gambar-gambar aku dengan anak-anak berbelanja Jumaat lepas. Agak lama tak keluar, anak-anak dah kebosanan di rumah.

Memandangkan suami aku minta aku belikan sikit stok makanan untuk dia di Singapura sana, aku buat keputusan nak bawa anak-anak keluar sekaligus untuk makan tengah hari dan cari barang keperluan masing-masing juga. Paling ketara aku nak beli kasut, sebab kasut sekolah Safiyyah dah mengetat. Kesian aku tengok dia berjalan terhincut-hincut waktu balik sekolah Khamis lepas. 

Adiknya pun dah tak muat kasut yang diguna untuk berlari sebelum ni. Maka sekali harung la aku bawa dan belikan semua barang. Tak jauh pun tempat kitorang berbelanja, di Lotus's belakang rumah tu je. Mudah, food court, kedai kasut, DIY dengan pasaraya semua dalam satu tempat, tak payah aku nak ke sana ke sini atas jalan raya tu. Perkara pertama aku buat bila sampai adalah isi perut kami anak-beranak. 



Aku sengaja keluar ngam-ngam waktu nak makan, walaupun aku tau akan ada bersesak sikit nanti. Bab keluar dengan anak-anak ni aku memang ada hunches sikit. Kalau aku rasa good feeling, memang aku akan keluar tanpa ada preplanned. Dan aku memang dah target untuk luang masa dengan anak-anak sepanjang Jumaat sebelum aku sibuk sepanjang Sabtu dan Ahad sebab kelas. 

Kisahnya nak carikan kasut sekolah Hello Kitty untuk Safiyyah di Bata sana tapi saiz kaki anak dara aku ni susah sikit nak dapat kasut. Bayangkan dia pakai kasut hitam aku untuk ke sekolah lepas tau kaki dia dah tak muat masuk kasut sekolah lama. Memandangkan ada promosi di Bata untuk 2 pasang kasut pada satu harga, aku cadang untuk belikan sepasang untuk Muhammad dan sepasang untuk Safiyyah. 

Sambil anak-anak tunggu kasut masing-masing, aku cuba sepasang kasut juga. Kasut sukan aku sebelum ni dah haus tapak, maka aku pun ikut beli kasut juga. Bulan ni aku rasa aku boros berbelanja, tapi aku takde pilihan. Kalau suami aku masih tak dapat rentas sempadan, aku akan kalut nak sediakan semua bila sekolah buka nanti. Jadi biarlah aku siapkan sikit-sikit supaya aku tak serabut. 

Selesai beli kasut, kami pakat ke kereta dulu untuk simpan kasut sebelum masuk semula ke Lotus's untuk cari alat tulis aku dengan Safiyyah pula. Sebelum masuk Mr. DIY aku pesan pada anak-anak siap-siap, ada banyak rak di situ, dan aku bercadang nak melawat dari satu rak ke satu rak. Hawa-hawa nak berbelanja deras tu macam ada dah, tapi aku langgar je. Yang penting kita semua belek apa yang ada di situ. 

Tak banyak aku beli; paper fastener, spring clip, thermometer dapur, measuring cup kecik, another set of mitten glove untuk pastikan anak-anak tak berebut dengan aku nanti, water colour pallet untuk Safiyyah. Dah selesai membeli stationery, straight away masuk Lotus's untuk cari barang. Masa tu la aku dapat call dari suami, minta aku booking ticket balik ke Singapore pada 20/12. Terpinga-pinga juga aku dibuatnya, sebab pagi tu aku berborak dengan suami dan dia maklumkan ticket habis. Paling awal boleh dapat pada awal bulan January nanti, dan waktu tu dia tak boleh balik sebab kerja terlalu banyak. Frustrated, tapi aku tak bantah. Kami dah survived setahun setengah tanpa suami, Insya-Allah boleh bertahan lagi. 


Punya lama dalam Lotus's sampai Muhammad tertidur dalam troli sebab keletihan. Selesai beli barang, kami keluar dan balik ke rumah untuk selesai kan urusan ticket. Sampai hari ni mulut aku terkunci rapat dari bagitau anak-anak yang ayahnya akan balik tak lama lagi. Aku tak sampai hati nak tengok muka kecewa anak-anak kalau rancangan suami aku nak balik tak berjaya.


Semoga Allah permudahkan urusan kami semua bertemu semula. 

Sabtu, 15 Februari 2020

A Quick Getaway - Part II

Aku still couldn't get around blogging through phone. Sync issue, ke apetah, aku tak sure. Tapi every time aku draft this entry and upload gambar, aku akan stuck masa nak saving post. Ni jadi bila aku guna mobile app Blogger je. So aku try guna desktop view.. Means aku guna Chrome and buka blog untuk type semula this post. Last time pun macam ni. Guna apps macam tak stabil sangat.

Aku dengan family jarang-jarang bercuti, nak-nak lagi bercuti yang siap tidur hotel bagai. Sangat boleh dikira dengan jari. Nak diikutkan gaji laki bini tu mampu je, tapi aku rasa banyak tempat yang aku nak gunakan duitnya, especially baik pulih rumah and attending courses untuk upgrade skill. So kitorang banyak pusing-pusing area rumah sendiri je. Lagipun aku ni jenis buta arah, nak memahirkan aku dengan kawasan rumah sendiri ni jenuh laki aku buat tutorial atas jalan. Nasib la bang..

Eh dia tengok kita, eh dia jeling mata.. Aduh mak tengok lagi.. Amboi panjang, kau manis sekali. Whewwwww!!

Tengok beza tinggi anak dara dengan aku, tak jauh beza kan? Kalau dia dah remaja sok aku tak tau la berapa tinggi dia naik.. Adiknya sebelah tu baru setahun setengah.. Kemurungan aku bila fikirkan semua ni.. Sebab aku paling katik dalam rumah tu nanti.


Yang tadi laluan belakang. Kali ni view depan, lebih jelas. Zirafah dia well built, tak la kurus sangat. Aku last tengok zirafah masa kat Zoo Negara bawak Piah kecik dulu..

Jarang-jarang selfie.. Kau tengok perut aku tu, macam mengandung 5 bulan. Haishhhh!!

Ni semua binatang berkumpul in herd..

Take five jap, panglima aku keletihan. Dia punya teguk air tu, macam 5 tahun tak jumpa minuman. Kalau berjalan, beg aku berat sebab angkut botol air la, snack budak-budak ni la.. Janji perut jangan lapar, tu je.

Yang ni tak boleh bantu.. Selfie itu wajib.

Besar sungguh kan. Tanduk dia tu, mak aihhhhh.

Ada lembu sekandang cenggini, aku pencen keja gomen la. Jom balik Selama sana bang!!

Tak pun dapat sekandang yang ni ke..

Ni Southern Ostrich okay, bukan ayam belanda. Free je kitorang laki bini disekolahkan dek Safiyyah.

Olololo comelnya. Rupanya ini intro bermanja sebelum bertenggek.. Haiya, tepuk dahi woo!

Yang ni aku berani amik gambar lepas dia dah panjat atas sana. Jarak dia dengan kitorang cuma benteng tu and longkang sederhana lebar je. Harimau tu binatang yang boleh melompat okey? Boleh melompat. Berderau darah aku dengar dia growling..

Amik sikit je video..

And this. Ya ampun, tengok dari jauh nampak comel. Kalau dekat, dah selamat jadi santapan dinner dia rasanya.

Ni hornbill.. Besar jugak.. Aku tak larat nak snap gambar haiwan dah. Yang rugi sikit sebab aku lupa ambik gambar gajah. Kat zoo ni, gajah dia ya ampun punya gemuk. Comel sangat!!

Dalam sana ada banyak letak map cenggini so kau boleh rujuk untuk tentukan position korang kat mana and what animal to expect next. Tapi kalau map cenggini bagi kat orang buta arah cam aku khemmmm salammmmm. Sesat barat jugak perginya.

Ha masa ni anak dara dah meratib, "Piah dah penat, ayah. Jom balik." Kau tau ayah dia buat apa? Ayah dia ketawa okay. Ketawa. Aku yang dengar pun berapi jadinya, sebab aku pun keletihan. Hahaha.

Diorang dua je happy. Tah mana dapat energy tak tau la.

Check-in hotel, bagi budak-budak mandi dulu then keluar cari makan. Not bad, cenggini RM50. Rasanya la..

Dah balik hotel, hantar barang apetah.. Jangan kau berangan nak landing atas katil tu ye. Laki aku dengan anak-anak siap akai kasut semula tunggu depan pintu. Aku dah muncung sedepa masa ni. Letih oiiii.

View dari depan bilik aku. Kitorang book Imperial Heritage Hotel, atas jalan sebelum masuk Melaka. Kalau ikutkan laki aku, dia nak balik Johor terus tapi aku kata baik book bilik. Anak-anak sure letih.

Ni yang anak aku tunggu-tunggu. Dah cemberut mukanya bila naik ke bilik lepas makan. Saje je ayahnya menyakat macam tu. Selalunya dia mula dari Dataran Pahlawan tu pusing town sikit lalu depan hotel aku then balik ke dataran semula. Kali ni laki aku minta tukar route, and orang ni setuju cuma dia minta tambah dalam RM10. So total RM35, dia bawak pusing and hantar depan hotel. En Noor cuma berjalan kaki je, jumpa kat hotel.

Breakfast aku dengan En Noor free in the package bilik yang kitorang tempah. So beli je la baucar untuk Safiyyah. Panglima masuk free je.

Sarapan dengan panglima adalah the real struggle okay. Kitorang cuma berharap dapat go through the process safely, tu je. Hazardous betul bunyinya kan? Gitu la ye.. Orang lain, experience dia lain. Aku dengan En Noor, cenggini la hadap anak-anak kami..


Aku rasa macam aku kena tambah satu part lagi untuk truly conclude vacation kitorang ni. Aku tak banyak amik gambar di hotel and pasar malam kat bandar tu. The only photos yang ada lepas tu cuma naik beca, sebab Safiyyah sangat teringin nak naik lagi, specifically yang Hello Kitty punya tu. Kitorang jenuh pusing bandar dulu supaya dapat balik hotel naik beca..

So sampai aku sambung lagi last post pasal cuti ke Melaka..

Jumaat, 14 Februari 2020

Jumaat yang rutin..

Aku selalu tulis tajuk yang kadang tu takde kena-mengena pun dengan apa yang aku nak cerita.. Actually semalam aku plan nak buat satu entry pasal daily activities plus birthday Safiyyah, tapi disebabkan ada beberapa isu timbul kat tempat kerja, aku tangguhkan. Lebih baik aku lepak layan movie Tamil dulu kasi relax, then amik anak-anak and balik dengan senang hati.

Aku end up balik lewat dari waktu yang sepatutnya. I thought patient aku boleh selesai awal. Rupanya banyak area yang affected, aku tak boleh tunggu next visit untuk selesaikan masalah muscles spasm dia. Rugi masa. Better selesaikan on Thursday, so that next TCA patient boleh datang untuk fully exercise. So drag time dari pukul 3 sampai nak pukul 4 baru habis. Janji puas hati selesaikan kes, tu je.

So as usual aku akan cari something nak buat pada hari Jumaat. Kadang tu bukan apa, aku bosan nak mengemas. Aku selesai kemas, hero mai punggah balik. Siap sapu vacuum mop bagai, dia mai tuang air sepah makanan atas lantai. So aku malas nak berlebih. Aku kemas, sepahan yang seterusnya korang adik-beradik yang akan kemas. Gitu la konsepnya. So aku teruskan dengan agenda berikutnya, buat KIMCHI.. 

Aku serius ni. Memang aku end up buat kimchi. Aku cuma tak letak white radish je, aku tukar dengan epal, sebab tu je yang ada kat peti aku. Tapi yang lain tu aku ikut je resepi yang aku jumpa kat Internet.

Ni dah separuh jalan aku letak rencah pada kobis. Kalau ikutkan, aku memang takkan buat la mende-mende alah macam ni. Leceh je rasanya. Tapi disebabkan En Noor dapat kobis besar gedabak masa Raya Cina ari tu, aku share separuh dengan pengasuh budak-budak ni, separuh lagi aku simpan konon nak makan. Asyik la bertangguh, aku cadang nak buat jeruk je. Eh tak boleh menahan, nak jugakbuat kimchi penyudahnya. Nak try kononnya..

Merah menyala mak ngah.. Aku siap hantar gambar kat family group WhatsApp. Saje kasi bakar line gittew. Jangan tertipu dengan kaler merah tu. Aku jamin tak pedas, sebab tu semua carrot, epal merah dengan epal hijau. Even bahan blender tu pun ada buah lai.. Aku takde buah lai, aku letak Singo pear. Buah tu manis yakmat..

Hasilnya, siap sebekas. Ni separuh je dari kobis yang laki aku bawak balik. Kalau sebijik tu aku kimchi-kan, memang aku muntah merah la. Aku sorang je yang makan ni nanti. Anak aku sah tak sentuh, En Noor sejenis bukan pemakan sayur. So nampak tak betapa mudahnya kehidupan?

Siap kimchi, melepak sekejap kat luar menjengah sayur-sayur, kemas sikit kat laman, then masuk menunggu Maghrib.. So now off to the next activity.. Till then, jumpa lagi next entry. 

Khamis, 13 Februari 2020

Good Morning

Selamat pagi!!

Kalau boleh nak ceria gitu la bunyinya tapi pagi ni kelam-kabut sikit. Aku celik mata je jam dah pukul 6.03am, macam nak terkeluar jantung aku. Sejak Safiyyah mula sekolah, kitorang keluar rumah sebelum 6.20am, jadi bila pukul 6 lebih baru kau terjaga, boleh terasa macam mana jantung kau berlari.

Anyway ni kali kedua dalam minggu yang sama kitorang bangun lambat. Memang keletihan ke hape, aku pun tak pasti. Sebab semua pengsan awal. Aku dengan anak-anak passed out pukul 8.30pm, En Noor still OT. So pukul berapa dia sampai pun rumah memang dah gelap gelita la. Aku dengan Safiyyah sakan berdengkur. Aku syak si Muhammad je yang sedar ayah dia balik, sebab masa kami semua kalut pagi ni, dia relax je sambung dengkur.

Konon nak surprise si Safiyyah sebab hari ni birthday dia. Sekali bangun lambat, semorang pun surprised. Padan muka. Hahaha. 

Lama gila tak menulis. Aku frustrated sikit sebab still tak cekap around blogging through smartphone. Aku type pepanjang sebelum ke wad, save, then bila nak publish, ada je masalah nak sync. Tup tup semua hilang. Kendur semangat sekejap. Tapi pagi ni walaupun bangun lewat, aku still tulis jugak.. Sebab aku berjaya sampai sekolah Safiyyah on time, berjaya clock in on time jugak.

Sambil sarapan sambil tengok colleagues berkebun. Kat tempat aku ni ada la laman sekangkang kera, and ada tangan-tangan yang rajin berkebun. Menjadi pulak tu! Once a week aku petik sayur sini, makan fresh. Sometimes kitorang malas nak masak sayur dari rumah, meh sini petik je ulam. Senang.

Rasa calmed sikit breakfast sambil menghadap pokok macam ni. Kinda therapeutic to me. Ni pokok mangga yang staff unit Fisioterapi tanam, buah dia tu aku dah merasa 2 kali. Boleh tahan jugak la.. Sebab aku tengok dia rajin menanam, aku pun terinspirasi nak cuba. Jangan memain ko, aku serius ni.

Ni kat rumah aku. En Noor buatkan batas untuk bercucuk tanam. Boleh makan sayur katanya. Perli aku lettew!!

Pokok cili aku dah ada yang keluar bunga. Ada yang aku transfer ke polibeg, sebab atas batas ni jugak laki aku hentam letak keledek, letak nenas. Adoi la..

Aktiviti berkebun ni memang favourite anak aku sebab masing-masing dok tunggu nak main tanah and air. Aku kalau balik kerja terus hadap kebun, memang malam tu semua pengsan awal sebab keletihan. Petang ni aku nak membaja. En Noor dah bancuh baja minggu lepas. Nak tengok hasil kegemukan pokok aku nanti. Wheeeeee!!

Khamis, 6 Februari 2020

A Quick Getaway - Part I

Aku make sure kali ni aku save everytime aku update. Letih aku menulis tapi lupa nak save everything. Terasa kebodohannya di situ.

We had a quick getaway last week. Plan asalnya nak board train to Kluang, just so Safiyyah puas merasa naik train sebab dia kerap minta naik tram kat mall tu. Tak berbaloi nak, ko bayar RM5 tapi pusing sekangkang kera tu je. Meh ibu bayar tiket, kau naik train tu 2 jam tengok pemandangan kebun hutan segala makneka. Puas hati. Tapi dengan kerisauan pasal novel Corona virus sekarang ni, aku tangguh dulu plan asal tu. Kita get to Plan B.. 


Anyway sebelum apa pun, kita mulakan dengan servis si JLo. Kang dibuatnya dia merajuk, tak pepasal aku dengan anak-anak kandas tak ke tempat kerja dengan sekolah.

Belum apa-apa lagi si panglima dah lebuh ke alam mimpi dulu. Dia memang sejenis macam ni tau. Jadi kau teruskan je la perjalanan, kang kalau lapo pandai la dia bangun carik susu. 

Yes, here we go.. Zoo Melaka. 2016 kitorang pernah datang bertiga, tapi sampai lewat so tak dapat masuk. This time pergi berempat, puas meronda dalam tu sampai 2 jam. Segala jenis haiwan kita tengok ye nak. Aku beli segala tiket ni atas jalan sebelum keluar dari Johor. Tiket zoo beli through Wonderfly.. Dapat la diskaun sikit. 

Tang area burung kakak tua ni aku redho je la bila Safiyyah demonstrate semula persembahan dia masa pertandingan nyanyian kat tadika dulu. Dia bukan pedulik tempat tu public atau private. Janji dia demonstrate. 


Si Muhammad langsung tak mau turun dah lepas jatuh 2 kali. Bertabah je la laki aku mendukung.

Hamba Allah yang sorang ni kau tak payah susah hati. Dia ajak ke zoo, dia sampai ke zoo. Jadi dia punya bubbly tu kau boleh imagine sendiri la.

Yeaaaahhhhhh my kyubi. Tapi ekornya baru keluar satu. Lagi lapan tu belum tumbuh. Mbahahaha.

Okay okay. Aku gurau je tadi tu. Dia sejenis Fennec Fox. Kat zoo ni banyak penerangan untuk setiap jenis haiwan yang ada dalam kurungan tu. Even ada servis narrator card, kau beli RM5, nanti sampai kat machine depan kurungan tu kau tenyeh kad tu. Keluar la suara-suara merdu terangkan pasal haiwan ni.

Part ni sungguh aku tak boleh lupa. Beria-ia aku panggil anak dara, "Safiyyah tengok sana ada tenuk". Dia boleh bagi sejenis pandangan tenuk kat aku sambil balas, "ibu, itu nama dia tapir. Bukan tenuk." Terkedu sekejap aku.

Hamik!! Lain kali kau jangan lawan cakap ibu, nak. Kau baca situ.. Dalam bahasa Melayu dipanggil juga cipan, tenuk atau badak kampung. Tu la, jangan degil lagi!

Jeng jeng jeng.. Safiyyah dah tergedik-gedik depan aku ni.

Pony pun pony la, janji naik kuda. Gitu konsepnya pada anak aku. Kalau ikutkan aku rasa kureng sikit. Macam tak berbaloi sangat RM5 sekali naik kuda pusing satu round je. Tapi ye la, bukan aku bela kuda, belek segala bagai, trim sana sini kuda tu kan? So still okay la kot. 

Laki aku okay je. Dia yang suruh naik. Aku? Jangan harap. Aku pegang kuda tu kat tepi takpe. Kau suruh aku naik, kau tengok la apa jadi nanti.

Aku nak ke wad dah ni.. Jap lagi aku sambung Part II pulak. Kesian patients aku nanti tertunggu-tunggu. Bukan tunggu aktiviti dengan aku (yang aktiviti ni terpaksa je diorang buat), tapi tunggu aktiviti lepas selesai aktiviti aku. Selagi tak buat fisioterapi, diorang tak lepas untuk tea break pagi. So jangan buat niaya kat depa noooo..

Later